Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Berpisah Jalan Terbaik – Nabila Huda


Di dalam dunia suami isteri ini, perkara yang paling menyedihkan sudah tentu penceraian. Tambah-tambah lagi apabila kita sudah dikurniakan cahaya mata. Sedih tapi itulah kenyataan yang terpaksa dihadapi oleh Nabila Huda dan suami. Bagi mereka, berpisah merupakan jalan yang terbaik untuk kedua-duanya.

Nabila Huda yang selesa menggelarkan dirinya Abil berkata kepada Pancaindera semalam bahawa dia dan suami akan bergilir-gilir menjaga anak mereka, Keisha.

Kami memilih untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berpisah menjadi jalan terbaik buat kami. Tapi apa yang lebih penting, Abil mahukan yang terbaik untuk Keisha. Abil dan dia (bekas suami) mempunyai perancangan untuk sama-sama membesarkannya secara bergilir.

Dan Nabila Huda menafikan sekeras-kerasnya punca penceraian mereka adalah kerana orang ketiga:-

Hanya Abil dan dia (bekas suami) saja yang tahu hal sebenar. Banyak lagi benda lain yang Abil nak fikirkan daripada memeningkan kepala memikirkan cakap-cakap orang. Abil tak mahu dan tak kisah orang nak kata apa kerana itu lumrah manusia yang sesedap rasa menjatuhkan hukum. Tapi jangan semudah itu melemparkan prasangka perpisahan kami berpunca daripada lelaki yang dilabelkan sebagai orang ketiga. Carilah kehidupan sendiri daripada menyibuk hal orang. Tapi apa yang diperkatakan itu tidak langsung menjadi kudis buat Abil.

Kepada Nabila dan suami, walaupun penceraian itu perkara halal yang paling dibenci oleh agama, namun jika sudah tiada jalan penyelesaian yang lain, tiada apa lagi yang mampu anda berdua lakukan. Cuma pastikan agar si anak tidak terbiar dan tidak kekurangan kasih sayang.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails