Daripada segi promosi, rasanya filem Klip 3GP telah membuat promosi besar-besaran. Mungkinkah fenomena klip 3gp yang sudah berlalu 10 tahun lalu tidak lagi membangkitkan ghairah kepada para penonton? Tentang filem Libas pulak, daripada komen yang didengar, filemnya agak kelakar kerana adanya Johan Raja Lawak. Mungkin aura Johan masih tidak cukup gah untuk menarik penonton menonton filem Libas.
Sekadar update, tangga teratas untuk kutipan filem paling hebat masih lagi dipegang oleh filem KL Gangster dengan diikuti oleh filem Hantu Bonceng. Sama-sama kita nantikan sama ada ada filem yang bakal merampas takhta teratas sebelum tahun 2011 ini berakhir.