Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mi Segera Dan Peluntur Untuk Abby Abadi Dari Bekas Suami


Baru-baru ini CAK dari Harian Metro telah mengeluarkan cerita yang kawannya telah pergi ke rumah Abby Abadi untuk mengadakan sesi fotografi. Khabarnya ada satu bungkusan yang dihantar oleh Norman Hakim yang baru-baru ini ditaja majlis resepsi perkahwinannya dengan Memey Suhaiza oleh sebuah syarikat barangan mutiara yang dikatakan bernilai RM 12 juta dan kawannya itu mendapati yang dihantar ialah pek mi segera, peluntur dan beberapa barang lain nilainya tak sampai beberapa ringgit.

Masa kami belajar dulu memang selalu makan mi segera kerana faham-faham sajalah kehidupan sebagai pelajar, malah sekarang ni pun ada juga makan mi segera sekali-sekala kerana teringin. Tetapi tidak eloklah mi segera kalau hendak diberi makan pada kanak-kanak yang hendak membesar kerana ia mempunyai kandungan karbohidrat, lemak, garam dan monosodium glutamate (perasa) yang tinggi dan rendah pula kandungan serat, vitamin dan mineralnya.

Khabarnya juga Abby mengalami masalah untuk menanggung perbelanjaan tiga orang anaknya itu kerana tawaran lakonan yang semakin berkurangan. Mungkin juga kerana itu Abby telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini kerana stres tinggi.

Pada pendapat kami, mungkin juga Abby boleh meningkatkan pendapatan dengan memulakan perniagaan secara online atau menulis skrip. Fanpage Abby sudah dinyahaktifkan, tetapi kami merasakan ianya boleh jadi satu pasaran yang berpotensi untuk mendapatkan pembeli-pembeli produk, asalkan Abby sudi. Kami berharap Abby akan berbahagia dan sukses dalam menjalani kehidupan selepas ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails