Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bicara matlamat hidup Sara Ali


SETIAP manusia akan melalui perjalanan hidup ke suatu arah. Namun pastikah kita dalam masa satu atau dua tahun akan datang, apakah yang ingin kita capai?

Atau mungkin kita mahu berada di tempat duduk yang sama tanpa maju ke hadapan?

Dua persoalan itu sering bermain di fikiran pelakon muda, Sara Ali yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan tempatan ini.

Usia 21 tahun, bukanlah satu penghalang untuk Sara merancang masa depan.

Malah, kata gadis kecil molek ini, sejak kecil lagi, dia dididik untuk merancang hala tuju hidupnya walaupun untuk menjalani hidupan harian biasa.

“Saya sering persoalkan diri sendiri, di mana kedudukan saya pada tahun-tahun akan datang.

“Agak-agak dalam masa tiga hingga lima tahun lagi apa yang saya akan jadi atau ingin capai? Masih seperti ini atau lebih berjaya? Atau mungkin sesat dan tidak tahu nak ke mana?

“Saya tak mahu menjalani hidup membuta tuli dengan alasan pasrah sahaja dengan apa yang bakal berlaku pada diri nanti. Kita kena ingat, If you fail to plan, you are plan to fail,” katanya.

Tambah Sara, garis hidup ini merupakan satu cara untuk dirinya agar dia jelas dan faham misi dan visi perjalanan hidupnya.

Juga mempunyai matlamat tersendiri, Sara merancang untuk tidak kekal lama memegang gelaran pelakon.

Dia meletakkan jangkamasa lima hingga enam tahun lagi untuk mengambil pengalaman ilmu lakonan yang dipelajari itu sebagai persediaan sebelum meneruskan langkah baru sebagai pengarah filem pula.

“Ya, diakui saya masih baru dalam bidang ini dan lima tahun pun belum cukup untuk saya mengumpul ilmu lakonan. Tetapi saya mahu ada matlamat dimana saya tidak mungkin berada di kedudukan selesa sepanjang masa.

“Memandangkan impian saya mahu bergelar seorang pengarah, saya letakkan jangka masa sendiri mengumpul ilmu sebanyak mungkin.

“Dan kemudian, setelah kedudukan pengarah itu kukuh, saya teruskan perancangan untuk memiliki sebuah produksi drama atau filem. Selepas itu, barulah saya boleh fikir untuk mendirikan rumah tangga pula,” seloroh gadis bermata galak ini berbicara tentang hala tujunya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails