Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sejarah 'kelakar' AIM


AH bagi hadiah dekat orang lepas tu tarik balik. Memang buruk siku betullah diaorang ni, kan? Bukan kecil-kecil punya majlis tapi hampir ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia tetapi tup-tup Khamis lepas, anugerah Lagu Terbaik untuk Penakut ditarik balik dan disampaikan kepada Sedetik Lebih, nyanyian Anuar Zain.

Joyah anggap ini adalah satu hal yang paling kelakar akan dikenang dalam sejarah industri kita. Bukan soal layak atau tidak lagu tu menang tapi soal kredibiliti Persatuan Rakaman Industri Malaysia (RIM) dan syarikat Ernst & Young yang terlibat dalam penjurian.

Alasan mereka wakil daripada Ernst & Young yang salah kira. Ini bukan kes kecil, bukan anugerah di sekolah menengah untuk acara pakaian beragam terbaik yang kononnya paling berprestij yang kita ada.

Sudahlah sebelum AIM berlangsung lagi ramai yang dah ugut nak boikot. Bila jadi macam ni langsung orang terus tawar hati nak masuk bertanding lagi. Soal macam ni memang tak boleh buat main-main sebab ini kes besar.

Joyah melihat kredibiliti RIM dan Ernst & Young memang tercalar habis. Mengaku bersalah bukan bermakna seratus peratus mereka jujur. Mengaku bersalah dalam hal macam ni ibarat menepuk air dalam daun keladi, terpercik muka sendiri.

Lagu Penakut sebelum ini diiktiraf sebagai lagu terbaik walaupun tidak menang dalam mana-mana kategori. Alasan penganjur ketika itu ialah orang berlainan yang menilai setiap kategori.

Tup-tup bila ramai yang mempertikai perkara tersebut, terus sahaja tarik balik anugerah tu dengan alasan salah perkiraan dan selayaknya Sedetik Lebih yang menang.

Habis macam mana pula dengan Yuna? Memang ramai yang puji Yuna sangat profesional dalam menangani masalah ini. Dia datang ke sidang media untuk memperbetulkan keputusan yang dibuat dengan hati terbuka, masih mampu tersenyum lebar walaupun mengakui dia agak kecewa.

Yuna memang bagus, kalau perkara ni berlaku pada Joyah, memang Joyah pulang balik kesemua trofi pada penganjur

Apalah sangat makna sebuah anugerah kalau harga diri diri kita dicampak-campak ke hulu ke hilir dengan sesuka hati,kan? Dalam hal ini Yuna dah membuktikan yang dia memang ada harga diri yang tinggi. Syabas Yuna.

Joyah harap tahun depan ada muka lain yang akan terlibat dalam pengajuran AIM. Mana-mana pihak yang berasa sudah tidak ada kemampuan tu, tu sila undur diri dan beri sajalah tanggungjawab kepada yang lebih layak!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails