Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

“Ini Satu Kesilapan Yang Menggugat Kredibiliti Semua Orang” – Yuna Respon Isu Penarik


Semalam, berlangsungnya sidang media berkenaan penarikan dan pemberian semula trofi Anugerah Lagu Terbaik di Hotel Maya, Kuala Lumpur. Pihak RIM telah menjelaskan segala kesulitan yang berlaku dan sebab-sebab penarikan anugerah itu telah OHBULAN! jelaskan di artikel Trofi Yuna Ditarik Semula Kerana Kesilapan Pekerja Ernst & Young.

Wartawan OHBULAN! sempat menemubual Yuna mengenai isu yang terjadi.

“Pertama kali saya dapat panggilan telefon ialah pada 3-4 hari lepas dan saya diberitahu bahawa anugerah yang saya menangi tempohari akan ditarik balik. Saya rasa keliru dan cuba untuk dapatkan penjelasan dari mereka,” ujar Yuna memulakan perbualan.

Yuna juga turut mengaku bahawa dia tahu kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi untuk memenangi Anugerah Lagu Terbaik. Pemenang itu mestilah salah seorang dari pemenang 4 kategori yang dipertandingkan iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik & Lagu Rock Terbaik.

“Pada mulanya saya pun terkejut ketika nama saya dipanggil untuk mengambil anugerah. Tapi disebabkan ianya adalah majlis yang besar, takkan saya nak persoalkan pula pada waktu itu. Jadi saya anggap bahawa pihak AIM telah mengubah format dan saya pergi juga ambil anugerah itu.”

Ditanya jika perkara ini akan mencemarkan namanya yang sedang meningkat naik di antarabangsa, Yuna menjawab, “Perkara ini takdelah memberi kesan sangat pada saya, tapi benda ini tak sepatutnya berlaku. Ini satu kesilapan yang menggugat kredibiliti semua orang,” ujar Yuna tegas.

Tambah Yuna lagi, “MTV Iggy juga telah menulis mengenai kemenangan saya, jadi saya rasa agak janggal la. Saya terpaksa menghadapi ini semua walaupun saya tak mahu, ada hikmahnya benda ini berlaku.”

Namun begitu, Yuna tidak menyalahkan sesiapa kerana setiap manusia melakukan kesilapan. Dia juga turut memberitahu bahawa dia tidak akan serik untuk bertanding lagi di AIM.

“Saya takkan serik untuk bertanding lagi kerana saya seorang pemuzik Malaysia, ini periuk nasi saya. Of course saya takkan rasa kecewa, saya kena support industri,” ujar Yuna.

“Malaysia kecik je, kita kena bantu-membantu satu sama lain. Dan perkara ini penting untuk dibetulkan. Saya harap pada masa akan datang, semua orang akan lebih bagus dan tidak melakukan kesilapan seperti ini lagi,” ujar Yuna mengakhiri perbualan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails