Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Bukan semua macam Raja Azmi


Joyah tak hadir majlis pelancaran Festival Filem Malaysia (FFM-24) di Taman Tasik Titiwangsa. Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kehadiran Muhyiddin adalah tanda sokongan kerajaan kepada orang filem.

Sokongan ini orang filem kena manfaatkan. Mana tau kalau lepas ini nak minta tolong kerajaan bantu lagi industri filem, senanglah sikit.

Tapi yang tak sedapnya Joyah mendapat tahu majlis gilang-gemilang itu tercemar. Ia dicemarkan oleh orang filem sendiri. Weh...apa dah jadi ini? Jangan-jangan gimik pelancaran tak?

Tapi berkali-kali kawan Joyah kata, ini bukan "cubaan", ini betul-betul. (Pinjam dialog Pendekar Bujang Lapuk).

Produser Raja Azmi telah mempertikaikan kemenangan Jurey Latiff Rosli sebagai Pengarah Harapan dan kejadian memalukan ini berlaku di depan Muhyiddin dan tetamu lain.

Oh...malunya. Protes dia tidak kena tempatnya. Dia seolah-olah mendedahkan sikap buruk orang filem kepada Timbalan Perdana Menteri.

Kalau teringin sangat nak tunjuk bakat lakonan pun, carilah masa dan tempat yang lain. Kenapa Raja Azmi marah sangat apabila Jurey menang?

Jurey penganjur tapi bukan juri atau ketua juri.

Kalau benar Jurey boleh pengaruhi juri, lebih baik dia minta kategori yang ada hadiah wang tunai saja, lagi bagus.

karyaFFM dianjurkan oleh orang filem, tak kiralah pelakon, penerbit atau pengarah. Mereka mempertandingkan karya masing-masing.

Tentulah ada antara mereka yang menang. Siti fikir sebelum Raja Azmi menjerit malam itu, dia kena cadangkan dulu supaya FFM dianjurkan oleh badan yang tak ada kena mengena dengan filem.

Misalnya persatuan pembuat belacan atau persatuan pemborong ikan masin. Barulah jawatankuasa penganjur tak ada kena mengena dengan filem.

Raja Azmi kena faham sebab itu dilantik juri yang secara umumnya tidak ada kepentingan terhadap filem yang bertanding. Katakanlah pengarah Khir Rahman yang mengarah filem Anu Dalam Botol (Joyah guna tajuk asal) menang, adakah Raja Azmi akan menjerit juga? Adakah dia akan menjerit juga?

Bagi Joyah Raja Azmi ada saluran nak protes tapi bukan cara murahan dan memalukan begini.

Lebih-lebih lagi di depan tetamu luar dari dunia filem. Ini memberikan sudut pandangan serong terhadap semua orang filem seolah-olah tak tahu hormat majlis. Joyah fikir Raja Azmi kena buang sindrom penafian. Dia menafikan kelemahan filemnya, pengarahnya dan semua tentang dirinya. Seolah-olah baik belaka. Raja Azmi, tolonglah berfikiran terbuka.

Kepada Tan Sri, sebenarnya bukan semua orang filem perangai begini. Ini hanya yang terpencil dan spesies begini hanya seorang dua sahaja. Banyak orang filem yang tahu menghormati majlis dan bertungkus lumus mengangkat maruah filem kita.

Tapi biasalah Tan Sri, di mana-mana pun ada watak badut untuk menghangatkan majlis. Anggaplah ini selingan sahaja.

Dalam dunia filem, orang boleh jadi popular sekalipun tak berkarya apa-apa. Caranya ialah dengan buat perkara-perkara yang boleh orang ingat, tak kiralah buruk atau baik. Joyah pasti Raja Azmi akan terus diingati. Tapi Joyah harap Raja Azmi tak buat malu diri sendiri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails