Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Helmi ibarat air - Dira


LEBIH kurang pukul 8.50 malam, kedengaran bunyi deruman padu enjin motorsikal berkuasa besar di perkarangan pintu masuk Lanai (Pusat Pelancongan Malaysia) Matic menyusur masuk menuju ke pentas persandingan pasangan merpati sejoli ini.

Dari kejauhan, Dira berpakaian pengantin warna putih sedang menunggang Harley Davidson manakala sang suami gah bersama Ducati menuju ke arah tetamu yang menyambut mereka ke pentas persandingan sambil diiringi percikan warna warni bunga api.

Senyuman bersulam seri pengantin di wajah Dira dan juga Helmi ketika pasangan ini menuju ke pentas pelamin berlatarkan mawar merah menghidupkan lagi suasana persandingan mereka pada malam itu.

Dengan bertemakan rock chick dan kombinasi warna hitam dan putih, ketibaan mereka di pentas persandingan sememangnya dinantikan lebih 1,000 tetamu yang hadir.

Selesai sahaja menepung tawar, majlis diteruskan lagi dengan makan beradab dan kemudiannya disusuli dengan sesi bergambar bersama keluarga.

Usai sahaja majlis pernikahan mereka pada tarikh istimewa 11.11.11 lalu, ternyata pasangan ini masih terlalu sibuk dengan jadual masing-masing.

"Saya bersyukur kerana rancangan kami selama enam bulan ini berjalan lancar.

"Saya harapkan semua tetamu yang hadir berpuas hati dengan apa yang telah kami hidangkan," ujarnya berterus terang.

Sebaik sahaja disoal destinasi berbulan madu, jujurnya mereka masih belum menentukan tempat dan tarikh yang betul-betul sesuai.

Namun menurut Helmi yang juga merupakan pengarah fotografi, buat masa ini mereka mungkin akan bercuti di Bali, Indonesia, sebelum betul-betul berbulan madu di luar negara.

"Memandangkan buat masa sekarang, Dira dan saya masih lagi sibuk dengan jadual masing-masing, jadi kami tidak dapat mencari masa yang sesuai.

"Jika boleh pun, mungkin kami akan bercuti dalam jangka masa sekejap. Insya-Allah jika tiada apa yang menghalang, kami akan berbulan madu ke Eropah pada Disember ini," kata Helmi.

Ketika ditanya mengenai saat perkenalan mereka, Dira mengakui Helmi merupakan air yang sentiasa menyejukkan setiap kali dia berasa marah.

Malah Dira kelihatan sedikit sebak apabila menceritakan keikhlasan Helmi menerima dia dan juga anaknya, Tengku Anggun Deandra yang berusia dua tahun.

"Apa yang saya lihat, Helmi sendiri yang datang kepada anak saya. Bila dia cakap dia sayangkan saya, dia fikirkan Deandra sekali. Malah kehadiran Helmi dalam hidup saya juga banyak mengajar erti kesabaran.

"Buat masa ini sebelum menambah cahaya mata, kami masih memerlukan waktu untuk mencipta momentum hubungan yang lebih akrab dan serasi di antara Deandra serta Helmi," jelas pengacara Melodi itu sebelum menutup bicara.

Antara rakan artis yang turut hadir pada malam tersebut ialah Sharifah Shahira dan suami, Ijoy Azhari, Fatimah Abu Bakar, Sharifah Amani, Bront Palarae, Nabil Raja Lawak, Shera Aiyob, Riz Ainuddin dan Zahiril Adzim.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails