Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mana buktinya kami bertunang? - Mr.R


Apa cerita awak dengan pelakon Izreen ni? Apa status awak dan dia?

Tak ada apa-apa. Kami cuma kawan biasa. Sama macam saya berkawan dengan artis-artis lain. Iyalah, kalau dah bekerja dalam satu set penggambaran, secara tak langsung, itu semua kawan saya. Jadi apa masalahnya?

Boleh percaya ke ni? Bukan apa, bekas tunang awak dakwa Izreenlah yang menjadi punca hubungan kamu berdua putus di tengah jalan. Apa pula halnya ni?

Oh dia kata saya ni tunang dia? Eh bila masa pula kami bertunang? Apa yang dia cakap tu tak betul. Saya akui yang saya dan dia memang bercinta. Tapi tak sempat sampai ke fasa pertunangan pun, kami dah putus.

Sejak bila bercinta dengan dia?

Kami mula bercinta sekitar bulan November tahun lepas. Hubungan bertahan tak sampai setahun pun. Saya putuskan hubungan kami sekitar bulan September 2011, selepas Hari Raya Aidilfitri.

Ala..entah-entah memang awak ada berjanji dengan dia untuk berkahwin, lepas tu bila dah jumpa orang lain, dia awak tinggalkan. Begitu?

Saya akan berkahwin dengan dia, bila saya dah sedia ketika itu. Tapi tak pernah pula berjanji bulan sekian-sekian nak berkahwin. Saya memang terkejut bila dia mengaku yang saya ni tunang dia? Itu semua bohong. Dia mereka-reka cerita!

Bohong atau awak yang tak nak mengaku dah bertunang? Sila jawab.

Kalau betul kami bertunang, mana buktinya? Mana gambar mak saya sarungkan cincin di jari dia? Mana gambar saya adakan majlis pertunangan? Kalau bertunang mesti ada gambar kan? Ha kenapa tak tunjuk? Kalau dia kata dah bakar, tak akanlah zaman sekarang ni dia masih pakai kamera filem? Kalau iya pun, filem tu mesti dia simpan bukan? Kalau pakai kamera digital, mesti ada kad memori, bukan? Sekarang ni semua teknologilah. Tak logik langsung. Kalau betul kami bertunang, cuba Pancaindera pergi tanya mak dia sendiri. Saya percaya, keluarga dia mesti malu dengan kenyataan dia tu. Sebab semua yang diceritakan tu tak pernah wujud.

Habis macam mana pula orang produksi sendiri boleh kata memang kalian bertunang?

Itu semua kerja dialah. Menjaja cerita palsu pada orang. Saya terkejut bila kawan-kawan datang bertanya betul ke saya dah bertunang. Pertunangan dan perkahwinan adalah perkara baik. Kalau itu yang benar-benar berlaku, saya tentu akan uar-uar. Dia tak malu ke canang satu kampung cerita benda yang tak betul? Dia tak fikir ke sebagai seorang wanita, benda macam ni boleh mencalar maruah dia? Bukan dia sahaja, tetapi dia dah calar maruah keluarga dia sendiri, tahu tak?

Apa punca awak dan bekas teman wanita berpisah kalau bukan kerana Izreen?

Kami berpisah sebab saya dan dia dah tak serasi. Malah ada sebab-sebab tertentu yang lain menyebabkan saya terpaksa buat keputusan itu. Sebenarnya sudah dua kali saya cuba putuskan hubungan. Memang saya dah tak tahan. Di sini saya nak beritahu, Izreen bukanlah puncanya. Kami hanya berkawan.

Mungkin ada yang akan kata apa yang awak sedang lakukan ini tidak lebih dari sekadar menyebelahi Izreen. Apa komen awak?

Memang Izreen jadi mangsa dalam isu ini sebab dia tak bersalah. Tapi saya tampil beri penjelasan bukan sebab saya nak menyebelahi dia atau sesiapa. Saya cuma nak jelaskan keadaan sebenar dan mahu tamatkan isu ini. Tak payahlah dipanjang-panjangkan.

Awak rasa kenapa isu ini sengaja dibangkitkan oleh bekas teman wanita awak tu?

Saya tak pasti. Entahlah, saya dah banyak kali terkena dengan dia. Dia tu kuat cemburu. Bukan Izreen saja yang pernah jadi mangsa cemburu dia tu. Ramai lagi artis lain yang pernah kena. Padahal kami semua berkawan saja. Saya malas nak hebahkan cerita buruk pasal dia. Nanti maruah dia tercalar. Cukuplah tu.

Sebagai lelaki, mustahil awak tak rasa bangga bila menjadi rebutan wanita betul tak? Komen sikit.

Apa yang nak dibanggakan dengan benda-benda bodoh macam ni? Saya tak tahu apa motif dia buat macam ni. Nak cari publisiti ke? Kalau nak glamor jadilah artis. Bukan dengan cara macam ni. Isu ni pun dah membabitkan kerja saya dan Izreen. Sebagai pelakon, saya percaya ia sedikit sebanyak menjejaskan kerjaya dia. Malah, kalau Izreen nak ambil tindakan menyaman dia pun boleh. Saya tak pelik kalau itu berlaku.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails