Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tak terdesak cari jodoh - Maya Karin


MEMANG ramai orang datang menghampiri saya sejak kembali solo. Ada VIP, ada yang tua dan tak kurang juga lelaki muda yang datang menghimpit. Kadang-kadang rasa kelakar,” luah Maya Karin. Nampaknya, sejak bergelar janda, nama Maya memang kembali panas dan semakin ramai yang cuba menghampiri.

Tidak menganggap itu sebagai tekanan yang hebat, kata Maya segala-galanya lumrah sebagai orang ‘bujang’ sepertinya. Walaupun spekulasi mengenai percintaan bertebaran luas sebelum ini, pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini masih mampu mengawal situasi.

Sambil menyifatkan itu sebagai satu cabaran dalam hidup, Maya menjelaskan yang hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki sehingga hari ini.

“Saya masih lagi sendirian sebetulnya. Tidak ada lelaki yang bertakhta di hati saya seperti mana yang digembar-gemburkan. Keluar makan malam dengan mana-mana lelaki itu biasa tapi untuk serius belum ada.

“Memang kelakar bila kenang balik saat tu. Ada VIP yang datang dan tak kurang juga lelaki muda. Bila tengok mana yang lebih muda daripada saya tu, rasa kelakar pula.

“Iyalah, saya layan semua orang dengan baik. Bukan saya tak cari jodoh tapi saya anggap masih belum bertemu. Kalau dah jumpa yang betul-betul sesuai, bulan depan boleh terus nikah,” kata Maya tertawa.

Mendengar sahaja kenyataan yang keluar daripada wanita yang lahir pada 29 Oktober 1979 bagai ada sinar yang memancar di wajah mulusnya.

Bagi Maya, dia belum cukup terdesak untuk berkahwin seperti mana orang lain. Apa yang paling peting dia bergembira dengan kehidupan hari ini yang bebas melakukan apa sahaja.

Kalau ada yang mengikuti perkembangan wanita ini, dia suka mengembar ke pelbagai destinasi dunia. Peluang yang terhidang ketika waktu senggang itu cukup dimanfaatkan untuk mengembara.

“Saya ada banyak waktu sebetulnya tahun ini. Bila tak ada penggambaran atau projek lain saya akan pusing keliling dunia untuk mengembara. Seronok sangat sebab orang luar tak kenal kita siapa. Segalanya lebih mudah.

“Tahun ni tak banyak sangat berlakon. Saya cukup berdebar menunggu maklum balas filem Ombak Rindu yang akan keluar panggung pada 1 Disember nanti.

“Bukan tak banyak tawaran yang datang, tapi saya mahu lebih selektif. Ada skrip yang baik tetapi saya terikat dengan projek lain. Selalunya saya hanya menerima skrip yang biasa-biasa sahaja. Jadi saya tak ambil,” kata Maya yang ditemui semasa pelancaran program Travelog AirAsia petang Rabu yang lalu.

Maya akan muncul sebagai tetamu undangan pertama rancangan itu yang akan bersiaran pukul 7.30 malam ini di TV3.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails