Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tolak lelaki hidung belang - Anzalna


SEPASANG kakinya baru sahaja melangkah ke dalam dunia yang penuh ranjau. Setiap hayunan langkahnya tidak pernah bertepi onak duri yang melanda.

Satu persatu pengalaman baru yang dikutip oleh Anzalna untuk bekalan pada masa hadapan.

Mungkin ramai yang masih belum mengenali pelakon baru ini. Pernah terpilih sebagai finalis sebuah pertandingan pencarian bakat baru, siapa sangka impiannya untuk bergelar anak seni menjadi nyata.

Saat pertama kali berada dalam dunia yang penuh pancaroba ini, dia tidak pernah menyangka akan diuji sebegitu hebat. Biarpun tidak ramai yang tahu gelodak jiwa yang bersarang di lubuk hati, Anzalna hanya ada semangat untuk meneruskan kelangsungan hidup sebagai anak seni.

Dia masih hijau, masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan dirasai sendiri. Bila ramai yang mula mengenali seraut wajah yang cukup manis ini, dugaan yang dihadapi juga makin besar. Dia semakin terhimpit dek penangan lelaki si hidung belang.

Tidak menyembunyikan apa-apa, cerita gadis yang berusia 23 tahun ini, dia sememangnya gusar dengan himpitan lelaki miang yang tak pernah serik mencuba nasib.

“Bila wajah saya dah mula dikenali, rupanya lagi banyak godaan yang datang. Memang benar banyak sangat lelaki hidung belang yang pernah mencuba nasib pada saya.

“Tapi saya tolak baik-baik. Ada yang tak faham bahasa yang masih lagi nak cuma nasib. Sampai satu ketika ada yang ajak saya naik ke bilik hotel untuk buat perkara tak senonoh.

“Itu bukan saya. Saya bukan gadis seperti itu yang orang lain boleh usung turun naik hotel.Nak beri macam-macam janji sampai saya lemas. Biasanya saya akan cakap baik-baik pada mereka yang saya sudah ada kekasih.

“Saya tak terdesak nak cari jalan pintas untuk hidup senang. Lebih baik saya tumpukan segalanya pada kerjaya dan teman lelaki yang cukup menyayangi saya selama ini.

“Memang saya ada berjumpa beberapa orang. Kalau sekadar berjumpa dan berbual tidak mengapa. Kalau sampai nak pegang dan buat bukan-bukan minta maaflah, saya bukan jahat sebegitu,” tutur Anzalna lancar.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails