Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Adda Butterfly kekal isteri kedua

KISAH perkahwinan pertamanya yang hanya bertahan 17 hari mengejutkan banyak pihak, tidak cukup dengan itu susulan kontroversi dari penceraian itu turut mengambil tempat di dada akhbar sehingga menyebabkan nama penyanyi ini kian dikenali. Itu antara sejarah hitam buat vokalis Butterfly, Nur Syuhadah Baharuddin atau lebih popular dengan panggilan Adda. Bagaimanapun baru-baru ini Adda sekali lagi sah menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan. Enggan berkongsi identiti suaminya terkini, namun Adda tidak kisah dengan statusnya yang masih menjadi isteri kedua. Hits: Bila sebenarnya Adda bernikah? Adda: Saya bernikah pada 12 Oktober lalu, setelah setahun mengenali suami. Buat masa ini suami masih berulang-alik ke Sabah memandangkan dia mempunyai perniagaan di sana. Masih kekal dengan status isteri kedua, bagaimana hubungan dengan isteri pertama suami? Adda: Hubungan ini memang berlangsung dalam keadaan jujur, hubungan saya dengan keluarga di belah sana baik. Malah saya kini turut mempunyai dua anak tiri. Jika dahulu, Adda pernah cakap agak trauma dengan perkahwinan, bagaimana Adda bersetuju untuk bernikah kali kedua? Adda: Kami berkenalan sejak setahun yang lalu ketika saya pergi ke Sabah untuk persembahan. Beberapa bulan selepas itu dia melamar, syukur ibu bapa saya tidak menghalang. Sebenarnya beberapa hari selepas bernikah saya memang takut dengan angka 17, sebab itu setiap hari saya membilang hari untuk memastikan perkahwinan ini akan melepasi tempoh 17 hari. Masih selesa memilih status isteri kedua, Adda tidak takut di tuduh kahwin kerana harta? Adda: Saya sudah lali dengan pandangan orang, sebenarnya suami saya ini bukan orang kaya, hanya biasa-biasa. Seperti orang lain saya juga mahukan kasih sayang, salahkah kalau memang sudah tertulis saya akan berkongsi. Jujurnya memang tidak ada lelaki bujang lain sebelum ini yang pernah mendekati Adda, atau Adda memang tidak mahu lelaki bujang? Adda: Memang ada yang mendekati, tetapi dengan status janda yang dipegang nampaknya niat mereka lebih jelas hanya untuk mempermainkan saya. Pada saya ini semua jodoh, dan saya juga mempunyai hak untuk merasa bahagia. Bagaimana pula dengan karier Adda sebagai penyanyi? Masih dapat restu dari suami? Adda: Jujurnya suami meminta saya meninggalkan bidang ini, bukanlah secara drastik tetapi memang sudah menjadi niatnya untuk melihat saya terlibat didalam bidang perniagaan pula. Buat masa ini saya masih lagi mencari perniagaan yang sesuai untuk saya. Sebelum ini Adda pernah tampil bertudung, namun selepas bercerai Adda mula lebih berani menggayakan fesyen yang seksi. Jadi selepas kembali menjadi isteri kini, apa pula kejutan dari Adda. Adda: Suami saya tidak memaksa soal ini, bagaimanapun sebagai isteri saya sendiri sedar mengenai tanggungjawab untuk menghormati batas yang telah disediakan. Bagaimana dengan bekas suami Adda, dia tahu Adda sudah berkahwin? Adda: Rasanya dia tahu, tetapi kami memang tidak berhubungan selepas bercerai, jadi saya tidak tahu keadaan dia.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails