Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tak kenal tak apa - Jee

SATU ketika, lagu Teratai Layu Di Tasik Madu atau Kau Merubah Segalanya begitu dekat dengan pendengar dan pencinta muzik tempatan. Ketika itu juga menyaksikan Fauziah Latif mencipta gelombang populariti yang benar-benar memukau jiwa peminat sekitar era 80-an. Pada waktu itu, jangan berani nak mengaku tidak mengenali siapa Fauziah Latif kalau tak mahu diri dipersenda. Berdiri sebagai antara artis paling popular, Fauziah atau lebih dikenali sebagai Jee berada di tangga teratas pada era itu. Namun untuk satu tempoh, Jee mengambil keputusan untuk berdiam diri. Kali terakhir dia hadir dengan buah tangan baru pun adalah sekitar tahun 2010 menerusi single, Keunggulan. Situasinya sekarang, kalau ditanya pada generasi baru tentang siapa Fauziah Latif, pasti ada sesetengah daripada mereka yang menggeleng kepala tanda tak tahu. Meski kadangkala ternampak kelibatnya berlakon untuk beberapa buah naskah drama termasuk teater, Jee dalam kalangan generasi muda umpama ‘sunyi dalam kewujudan’. Diminta pandangannya mengenai hal ini, wanita berusia 43 tahun ini sedikit pun tidak melatah. Malah dalam senyuman Jee memberitahu tidak pernah mengambil hati mengenai cakap-cakap orang yang dianggapnya itu sekadar bahan usikan. “Saya tak kisah pun kalau ada yang kata orang tak kenal saya. Terutama di kalangan generasi muda. “Sebenarnya saya sedar, kadangkala ada antara mereka yang kenal tapi tak ikut perkembangan saya pun ada. Tapi itu tidak menjadi hal sebab saya pun lebih suka kekal bersederhana dalam industri sejak sekian lama. “Kalau ada yang tak kenal, saya okey saja," katanya. Juri program Malaysian Idol ini juga tidak mengambil hati jika ada pelapis dunia seni suara tanah air yang tidak begitu mengenali dirinya. “Saya tak salahkan mereka sebab saya sendiri pun dah lama menyepikan diri dan tidak keluar dengan sebarang cerita baru. “Sebenarnya, ini bukan soal diri saya seorang sahaja. Ada lagi artis-artis lama lain yang tak dikenali pelapis baru. “Nasihat saya mudah. Kalau masuk dalam industri ini, selalulah buat kaji selidik. Kalau pengetahuan tentang artis lama kosong, itu tak berapa bagus. “Zaman saya untuk popular dah berlalu dan saya dah tak ada apa untuk saya dikejarkan lagi. Jadi pelapis baru kenalah pandai raih peluang untuk membina nama kalau betul serius. “Paling penting, kena pandai bawa diri dan kenal orang dalam industri. Itu adalah senjata agar diri tak mudah dilihat kurang bijak," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails