Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Menjaja teman lelaki - Hanez Suraya

KISAH cinta terbaharu Hanez Suraya, 28, dengan seorang lelaki mengundang perhatian banyak pihak baru-baru ini. Semuanya gara-gara gambar mesra mereka dimuat naik di Internet sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Rata-rata pihak berpendapat Hanez sudah menemui pengganti baru selepas kecundang bercinta dengan penyanyi Awi Rafael. Berlatar belakangkan pantai, ada berpendapat pasangan tersebut sedang meraikan cinta dengan bercuti bersama-sama di Pulau Tioman, Pahang. Seiring itu timbul tanggapan liar mengatakan Hanez sengaja mahu menunjuk-nunjuk kehadiran teman lelaki baru dalam hidupnya. Biarpun berulang kali Hanez menegaskan lelaki itu sekadar teman namun tetap timbul kemusykilan mengapa dia sanggup bersusah payah membuat kejutan kepada Hanez pada hari terakhir aktres tersebut menjalani penggambaran sebuah rancangan berbentuk permainan ekstrem . “Ada orang kata Hanez mudah dapat pengganti selepas putus dengan bekas kekasih. Sebenarnya tak. Hanez ambil masa yang agak lama untuk pulih. Wanita mana yang tak sedih bila patah hati. “Kalau dahulu Hanez terlalu menjaga hati dia. Apa saja yang Hanez buat, Hanez dahulukan perasaan dia. Tapi itu semua cerita dulu. Cerita masa kami ada hubungan istimewa. “Jadi apabila sudah putus, Hanez bangkit. Hanez dah tak nak fikir cerita silam yang sedih-sedih itu. Sebab Hanez dah tak ada masa nak pandang belakang. “Kemudian bila ada lelaki lain hadir dalam hidup Hanez, rasanya tak salah kalau Hanez berkawan rapat? Lagi pun Hanez single dan bebas untuk berkawan dengan siapa saja. “Hanez bukan nak menunjuk-nunjuk atau berkongsi cerita cinta Hanez. Sebab itu Hanez rasa tak wajar untuk bercerita tentang perkara ini buat masa sekarang," tegasnya. Masih belum bersedia dedahkan gerangan lelaki tersebut yang khabarnya seorang ahli perniagaan, Hanez meminta diberikan sedikit ruang untuk mengerti situasi dirinya yang tidak mahu mencetuskan kontroversi berhubung soal cinta lagi. “Hanez banyak belajar daripada kisah cinta masa silam. Banyak kesilapan berlaku jika terlalu mendedahkan kisah cinta kita pada masyarakat. Cerita kerjaya kita seolah-olah dipinggirkan. “Sebab itu Hanez seboleh-bolehnya tak mahu bercakap pasal soal cinta ini. Cuma apa yang boleh Hanez katakan Hanez dalam proses nak mengenali hati budi dia. “Dia adalah lelaki yang paling hampir dengan Hanez buat masa sekarang ini. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab Hanez takut pisang berbuah dua kali. “Dan kalau boleh Hanez tak mahu merasai kesakitan itu lagi. Berserah saja pada jodoh," katanya yang enggan lagi menjalin hubungan cinta dengan individu dalam industri hiburan selepas cintanya putus di tengah jalan dengan Awi Rafael. Mengajukan persoalan tentang sikap Hanez yang agak berahsia tentang kisah peribadi berbanding sebelum ini apabila amat terbuka berkongsi cerita dengan masyarakat, wanita ini tersenyum. Tegasnya, dia perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum berkongsi cerita peribadi kerana tidak mahu dikata sengaja mencari publisiti murahan. “Cukup-cukuplah Hanez kongsi cerita tentang cerita cinta Hanez. Entah-entah orang di luar itu dah naik menyampah," katanya. Tiada lagi sasaran kahwin Sewaktu sedang bercinta dengan Awi sebelum ini, Hanez pernah menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada usia 30 tahun. Pun begitu impiannya terkubur selepas kecundang dengan percintaan tersebut. “Sekarang ini adalah waktu Hanez cari duit. Intai peluang untuk berjaya dalam bidang lakonan. Nak cari watak yang pelbagai dan kuat supaya orang boleh buka mata dengan bakat Hanez. “Itulah fokus utama Hanez. Soal jodoh Hanez berserah pada-Nya. Tak ada apa yang Hanez nak kejar sangat. Kalau ada, adalah... kalau tak, nak buat macam mana? “Hanez dah tak mahu fikir sangat tentang soal kahwin. Dahulu memang ada (fikirkan) tapi sekarang ini soal kahwin jadi jatuh ke nombor kedua atau ketiga," katanya lagi. Sengaja mengusik tentang kerisauan Hanez sekiranya bergelar anak dara tua dek terlalu memikirkan soal kerja menyebabkan dia tersenyum lebar. Katanya, istilah berkenaan tidak sesuai digunakan pada zaman teknologi seperti hari ini. Apatah lagi kaum Hawa hari ini sudah bijak berdikari dan tidak terlalu mengharapkan ihsan lelaki untuk berjaya. Kereta mewah hasil berlakon? SEPANJANG perjalanan kariernya selama 10 tahun dalam industri hiburan, Hanez merasai wujud perubahan dalam hidup berbanding awal pembabitannya. Hanez kini sudah merasai imbuhan hasil titik peluh dan kerja kerasnya sebelum ini dengan hasil pendapatan yang agak lumayan setiap bulan. Kesenangan yang dimiliki itu secara tak langsung menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak yang berpendapat kononnya dia mencari jalan pintas untuk meraih pendapatan. Sehingga ada dakwaan kononnya dia ditaja seseorang sehingga memiliki kereta hebat dengan gaya hidup yang mewah. “Hanez tahu ada segelintir pihak yang tak suka dengan kesenangan yang kita ada. Dengki mendengki di kalangan masyarakat kita ini bukan satu perkara baru. “Jadi apabila ada orang buat cerita salah tentang Hanez, Hanez memang marah. Sebab mereka tak tahu macam mana susahnya Hanez nak bertapak dalam industri ini. “Hanez bekerja siang dan malam untuk dapat apa yang Hanez impian. Sakit perit macam mana pun Hanez kena gagah sebab Hanez tahu semua ini sebab kerja. “Sekarang ini Hanez pun dah naik letih bila kesenangan yang kita jadi bahan cerita orang. Cerita taja menaja ini Hanez malas nak layan. Cuma Hanez cabar orang yang kata Hanez ditaja itu untuk buktikan dakwaannya. “Hanez tak takut sebab Hanez berada di jalan yang benar," katanya lagi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails