Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Prihatin sungguh Iqram Dinzly

SIKAP prihatin terhadap orang sekeliling termasuklah mengambil berat terhadap masalah orang lain memang sikap yang terpuji dan patut dicontohi semua. Sebab prihatin juga, orang macam Diva, Soseh-Soseh, Siti Jarum atau Kak Pora ditempatkan di meja-meja hiburan akhbar tempatan. Tujuannya menjadi mata dan telinga kepada sikap dan sifat yang dirasakan patut ditegur, baik secara terbuka atau berselindung. Maksudnya, tulis nama dan siarkan gambar atau sekadar bagi petunjuk-petunjuk kecil. Itu cara wartawan hiburan menegur perangai artis, kalau tulis nama dan letak gambar, maknanya ia teguran secara terang-terangan, kalau sekadar tulis artis wanita atau lelaki itu maknanya, kami masih nak jaga air muka artis. Sebenarnya, tiada siapa yang sempurna, artis dan wartawan juga tak sempurna, masing-masing ada silap. Jadi, bila wartawan tegur artis atau artis tegur sikap wartawan, semua boleh jadi. Sebab itu Diva tidak terkejut apabila pelakon Iqram Dinzly yang menegur penulisan satu ruangan pojok di sebuah akhbar bukan kumpulan Utusan berkenaan satu perilaku artis wanita yang nampak baik depan mata tapi bila di talian telefon, sombongnya, alahai! Diva faham kedua-dua situasi, situasi Iqram dan penulis gosip berkenaan. Tapi, bila ada komen-komen yang mengata wartawan itu sengaja mahu cari publisiti, itu Diva rasa menyampah. Wartawan tak cari publisiti tapi beri publisiti percuma! Ada juga yang sedap-sedap mulut anggap kerja wartawan hiburan sebagai pekerja yang sarat penyakit hasad dengki (PHD), pemalas dan tidak buat rujukan. Itu semua dikutip hasil daripada luahan Iqram yang memberitahu pengikutnya bahawa media memang begitu. Suka menghukum atas satu alasan. Bagi Diva, apa yang terjadi tentang artis wanita itu mungkin betul. Ada artis tak kenal wartawan, bila jumpa berjabat salam tapi pusing belakang terus lupa, nama memang tak ambil tahu. Bila telefon cakap nama sekian-sekian, memang dia buat tak tahu sebab tak kenal. Cuba dengan wartawan yang dia kenal nama dan rupa, pasti menunduk takut kena carut. Diva: Wartawan dan artis saling memerlukan, mujur Diva bukan wartawan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails