Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hanez Suraya temui cinta baharu

JANGAN tertipu! Rupa-rupanya lelaki yang bergambar bersama dengan Hanez Suraya di sebuah pulau baru-baru ini bukan kekasihnya. Mereka itu hanyalah teman biasa. Biarpun dalam gambar itu mereka nampak begitu manja berdua, Miss J dapat tahu yang sebenarnya hati Hanez sudah 'lekat' dengan orang lain. Kali ini baru betul kekasih. Miss J dengar, buah hatinya itu kacak dan hebat. Beruntunglah Hanez. Orang cantik, solo pula. Sudah tentu saham naik. Miss J percaya, ramai lelaki di luar sana yang makan hati apabila dapat tahu Hanez sudah berpunya. Cuma dengarnya kali ini Hanez mahu 'zip' mulut tentang kisah cintanya. Tak mahu lagi berkisah macam-macam tentang kehidupan peribadinya itu. Kiranya kalau boleh dia mahu kisah cinta kali ini menjadi milik peribadi. Dia tak nak dah berkongsi kepada khalayak. Takut cerita beria-ia tapi tak jadi, hah kan jadi kontroversi lagi. Lainlah kalau betul-betul nak kahwin. Itu cerita lain.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails