Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

TERPAKSA CUKUR JANGGUT - LEPAS SAMSENG, SYAMSUL YUSOF JADI PEGAWAI POLIS

Semua orang tahu bahawa pelakon dan pengarah berbakat besar, Syamsul Yusof sinonim dengan watak 'Shark' dalam filem KL Gangster. Namun terkini... Syamsul bertukar menjadi pegawai polis pula! "Licin sudah janggut kesayanganku. Sedihnya aku cuma DIA yg tahu. Ni bukan taiko Shark kl gangster, bukan juga Johan dlm Khurafat. Nak tahu ni sapa nantikan siri terbaru gerakkhas2014. Yes I'm the new street kings n I got the job done ya feel me? Hehe... "I'm on the move again. Back 2 reality. You gonna watch me go get it," kata Syamsul melalui IGnya. Waahhh... nampak bertambah handsomekan? Bukan setakat handsome, malah Syamsul juga segak dengan penampilan terbarunya itu. Dah macam Datuk Yusof Haslam masa muda-muda pulak. Heh. Nak tahu lebih lanjut, kita kenalah tonton Gerak Khas 2014 yang pastinya lebih hebat daripada siri sebelumnya. Selain berlakon sebagai polis, Syamsul turut mempromosikan produk isterinya yang bakal muncul dengan koleksi jubah terbaru. Koleksi tersebut khabarnya istimewa untuk kaum hawa sempena Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
"Salam n slamat tengah hari. Ada berita baik pada smua HAWA diluarsana. Sempena Hari Raya Aidiladha yg bakal tiba ni isteri sy ada jual beberapa Jubah/Abaya Dress utk wanita. Nanti sy post pic & detailsnya ya. Tunggu!" tambah Syamsul. Tahniah diucapkan buat mereka berdua!
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails