Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS
Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.
Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: "Aku ceraikan kau talak satu."
Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.
Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.
Pelakon 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia
Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara.
Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.
Tambah Zaridah, jenazah dimandikan di HKL dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya dekat sini selepas solat Isyak.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra,24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.
Ashraf Sinclair Buka Restoran Di Jakarta
PELAKON kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari atau BCL telah membuka sebuah restoran makanan yang diberi nama Nuansa Sunda di Jakarta Selatan, Indonesia.
Menurut laporan Kapan Lagi, minat yang sama pasangan suami isteri itu dalam bidang kulinari dan perniagaan telah memberikan mereka idea untuk memiliki sebuah restoran yang menghidangkan masakan popular di Indonesia.
"Saya dan suami memang suka makan dan dia pula sangat pakar dalam bab-bab perniagaan. Jadi kami gabungkan elemen tersebut dan menghasilkan Nuansa Sunda," kata BCL.
Dalam perkembangan sama, BCL berkata, memandangkan dia tidak begitu mahir dalam perniagaan, dia bertindak sebagai penyokong suaminya itu dan menguruskan jadualnya yang semakin padat.
"Ashraf lebih pakar urusan perniagaan dan sebagai isteri saya sentiasa berada di belakangnya untuk memberi sokongan," katanya.
Nadiya Nissa Azam Jadi Penulis Skrip
Pelakon Nadiya Nissa meletakkan tempoh masa sehingga lima tahun lagi untuk menjadi penulis skrip profesional.
Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 28, berkata, impian itu sudah lama diinginkan namun masih lagi mempelajari selok-belok penulisan skrip sebelum benar-benar menghasilkan sebuah karya yang bermutu untuk tontonan umum.
"Lima tahun lagi, usia saya 33 tahun. Dan pada ketika itu saya mahu pastikan kemahiran menulis skrip sudah ada dalam diri.
"Memang sudah lama saya idam untuk hasilkan skrip dan setakat ini, ada beberapa idea yang saya rangka dalam buku. Insya-Allah tahun depan saya mula cuba kembangkan idea tersebut menerusi skrip yang dihasilkan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Nadiya yang mengagumi karya Redza Minhat dan Wan Hasliza, dia juga masih belajar cara menulis plot cerita dengan baik menerusi tontonan drama dan filem.
Sementara itu, beritahu pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011 itu, dia bersyukur apabila melihat kerjayanya semakin berkembang sejak namanya popular menerusi drama Adam dan Hawa pada tahun itu.
Dalam tempoh dua tahun itu, Nadiya mengambil setiap peluang untuk menonjolkan bakatnya sebaik mungkin sehingga sanggup melupakan hasrat meluangkan masa lebih lama dengan keluarga.
"Dalam industri seni kita yang terlalu berkembang, saya harus mengambil peluang yang ada memandangkan orang tengah nak tengok lakonan saya. Mujurlah suami (Saiful Razman) dan anak (Omar) memahami kerjaya saya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nadiya bakal muncul menerusi telefilem khas Aidilfitri, Baju Raya Kain Perca pada Raya keenam, pukul 4 petang di TV3 dan telefilem yang akan ditayangkan di Astro First berjudul Anugerah Dendam Yang Terindah menyaksikan gandingannya bersama Aaron Aziz.
Siti Sarah Tidak Mampu Lupakan Arwah Ibu
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin masih bersedih atas kehilangan ibunya yang meninggal dunia pada 26 Jun lalu.
Sarah, 30, berkata, air matanya sentiasa mengalir jika teringat atau bercakap tentang Allahyarham.
"Pemergian ibu saya pada Jun lalu sangat memberi kesan sehingga saat ini pun saya tidak boleh bercakap tentang dia kerana perasaan sedih akan muncul.
"Begitu juga dengan ayah, dia sangat tertekan sejak ibu meninggal dunia.Disebabkan itu saya kerap berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor untuk temani ayah," katanya ketika kepada mStar Online.
Isteri kepada pelawak Shuib (Sepah) ini merancang untuk kembali ke pentas nyanyian bagi melupakan kesedihan tersebut.
"Insya-Allah saya akan kembali menyanyi, mungkin dengan cara itu dapat mengubat rasa sedih yang terlalu memikirkan pemergian ibu.
"Saya bersyukur mendapat suami yang memahami dan sentiasa menyokong apa juga tindakan saya. Arwah juga menggalakkan untuk saya kembali semula aktif menyanyi," katanya.
Sementara itu, Sarah yang baru melahirkan anak kedua iaitu Dzahira Talita Zahra pada tiga bulan lalu mengakui semakin cekap menguruskan hal berkaitan bayi selepas mengambil kursus jangka pendek di sebuah pusat penjagaan.
"Kita mungkin rasa tidak penting untuk mengambil tahu tentang perkembangan bayi, tapi sebenarnya ia sangat membantu kita apabila berlaku perkara tidak diingini.
"Banyak yang dipelajari dalam hal penjagaan bayi. Ketika anak kedua saya sakit kuning saya boleh merawatnya sendiri tanpa ke hospital melalui beberapa kaedah yang diajar," katanya.
Jelas Sarah, dia dan suami mengambil kursus dua hari tersebut sebelum lahir anak sulungnya, Uwais Alqarni yang kini berusia setahun tujuh bulan.
Keluarga Tidak Tertekan Gosip Putus Tunang Elly Mazlein
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlien berkata keluarganya tidak pernah tertekan dengan segala khabar angin mengenai pertunangannya dengan pengarah Azmi Hatta.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, keluarga kedua-dua belah pihak lebih mengetahui situasi hubungan tersebut berbanding mempercayai khabar angin yang tersebar.
"Keluarga saya dan pihak lelaki juga baik-baik sahaja dan mereka lebih mengetahui situasi mengenai pertunangan kami. Alhamdulillah mereka tidak tertekan dengan khabar angin tentang kami.
"Saya tak suka cerita yang buruk-buruk dan apa yang berlaku antara kami, kalau boleh biar cerita yang manis-manis sahaja," katanya ketika ditemui mStar Online.
Elly turut menjelaskan dan menolak dakwaan pertunangan yang dibinanya pada 29 Mei 2011 itu telah berakhir.
"Kepada mereka yang lebih tahu tentang hal peribadi saya, apa yang saya boleh saya katakan pada mereka, cuba lagi (sebarkan cerita)",
"Buat masa ini hubungan kami macam biasa. Cuma kami sibuk dengan tugas masing-masing. Tak ada lagi perancangan untuk melangsungkan pernikahan. Tunggu saja perkhabaran gembira daripada saya," katanya.
Elly dan Azmi, mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, dekat sini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
Ibu Anggap Kontroversi Kilafairy Perkara Biasa
Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil menganggap kontroversi yang melanda anaknya iaitu Kilafairy sejak akhir-akhir ini sebagai asam garam buat seorang anak seni.
Rohana berkata, sebagai seorang artis yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan selama 30 tahun, dia tidak cepat melatah dengan pelbagai cerita mengenai anaknya tetapi tetap menasihati Kila agar bertenang dalam menghadapi sesebuah kontroversi.
"Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya.
"Paling penting kena kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita," jelasnya kepada mStar Online.
Selain hubungan Kila dengan seorang pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono hebat diperkatakan, penyanyi dan pelakon itu turut dikecam kerana dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan kerana memuat naik rakaman video di Instagram dengan memakai baju besar sehingga menampakkan pangkal paha.
Terbaharu Kila sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol yang seolah-olah menyerupai tanda salib.
Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungan Kila dengan Hardy, Rohana berkata, dia tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadi anaknya itu malah mereka tidak pernah berbincang mengenainya.
Rohana bagaimanapun memberitahu keakraban anaknya dengan pemuda itu buat masa ini hanya sekadar sahabat.
"Saya tahu mereka berkawan tetapi bukannya bercinta. Pun begitu, walaupun saya ini ibunya tetapi saya tidak berhak untuk mencampuri urusan peribadinya. Biarlah dia sendiri yang tentukan," katanya.
Namun Rohana memberitahu, dia berharap bakal menantunya itu nanti biarlah terdiri daripada individu yang tinggal di dalam negara dan bukan dari negara jiran.
"Senang kalau seseorang itu tinggal dekat-dekat ni dan kalau ikutkan hati, saya nak saja Kila kahwin dengan anak jiran... senang," ujarnya.
'Si Dia' Belum Tahu Isi Hati Cinta Zizan
Ibu Arja Lee Meninggal Dunia
Ibu kepada pelakon Arja Lee iaitu Salmah Aziz, 60, meninggal dunia di Hospital Selayang dekat sini pada pukul 4 pagi Jumaat.
Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, melalui laman Twitter miliknya, memberitahu bahawa Allahyarham meninggal akibat kanser lelangit dan berada dalam keadaan kritikal sejak tiga minggu lalu.
"Bonda tercinta saya telah kembali ke rahmatullah jam 4 pagi tadi. Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan yang masuk hari ke 25.
"Jenazah baru sahaja selesai dimandikan dan akan di sembahyangkan selepas solat Jumaat, Insyaallah segalanya berjalan dengan sempurna dengan izin Allah," tulisnya.
Allahyarham mengalami menderita penyakit kanser tersebut sejak 13 tahun lalu dan telah dipindahkan daripada Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Selayang sejak Disember tahun lalu selepas kanser berkenaan merebak ke bahagian lain.
Jelas Arja, ibunya ditempatkan di Palliative Care Unit (PCU) hospital berkenaan namun keadaannya bertambah tenat sejak tiga minggu lalu.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Syakirin Seksyen 1 Bandar Mahkota Cheras dan dikebumikan di tanah perkuburan Cheras Perdana sebelum solat Jumaat.
FASHA SANDHA & KELUARGA
"Shopping raya di H&M. Bersiar-siar pusing Kuala Lumpur with HoponHopoff bus.. memang menyeronokkan dan teringat HongKong pulak. Last terminal berbuka puasa di Restoran Warisan, memang sedap," demikian kata Fasha Sandha di laman Twitternya mengenai keseronokan bersiar bersama keluarga tercinta.
Kesimpulannya, meskipun beliau sudah mempunyai keluarga sendiri yang lebih berada, namun keluarga yang membesarkannya tidak pernah dilupa. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang... inikan pula tempat bermain. Tak gitu?
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]







