Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dina MI berjaya turunkan berat badan!


Nampaknya usaha Dina menurunkan berat badannya benar-benar berhasil. Jika dulu Dina mengenakan baju bersaiz 18, kini dia berjaya memuatkan badannya dengan saiz 14. Satu perubahan yang cukup besar berjaya dilakukan. Tidak malu berkongsi cerita berat badanya, Dina berkata jika dahulu beratnya 99 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan berat 85 kilogram. Menurut Dina, sindiran rakan-rakan menguatkan lagi azamnya menguruskan badan.

"Dina rasa seronok sangat bila berat turun sebab sudah boleh pakai legging. Dulu memang tak muat. Dina ambil masa tujuh bulan untuk turunkan berat. Kalau dulu Dina lebih selesa dengan imej sporty, tapi sekarang rasa lebih feminin sebab dapat sesuaikan pelbagai jenis fesyen.

"Kawan-kawan kerja selalu sindir Dina bila nak pergi gim sebab mereka jenis yang jaga tubuh badan. Lama-lama Dina pun ikut dan jadikan gim sebagai rutin harian. Kesihatan dan stamina Dina pun semakin bagus sebab tak penat bila perform atau buat kerja berat. Dina tak tetapkan target berat namun buat masa sekarang, Dina akan teruskan workout," >kata Dina kepada manggaonline
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails