Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sofazr beralih arah


JODOH selama tujuh tahun buat kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Sofazr ini bersama syarikat rakaman Suria Records (SRC) merupakan satu tempoh masa yang agak panjang.

Enam buah album telah pun dihasilkan oleh Sofazr ketika berada di bawah naungan syarikat tempatan itu. Satu jumlah yang boleh dibanggakan Sofazr.

Namun, menginjak tahun kelapan penglibatan kumpulan popular itu dalam bidang seni, mereka menanamkan azam baru buat diri masing-masing apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi menyambung kontrak bersama SRC.

Menurut salah seorang anggota kumpulan tersebut, Zimi, 26, pengunduran Sofazr daripada SRC bukanlah disebabkan berlakunya sebarang masalah dalaman atau apa jua sekali pun.

Jelasnya, ia adalah satu penghijrahan kerana keinginan kumpulan itu yang mahu mencuba sesuatu yang baru.

Maka, penubuhan Global Records Sdn. Bhd. adalah jawapan kepada persoalan itu apabila mereka memutuskan untuk memiliki label kepunyaan sendiri.

"Setiap daripada ahli kumpulan bersetuju untuk sama-sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

"Sebab itulah kami menubuhkan syarikat ini untuk mengorak langkah lebih jauh dalam industri muzik Malaysia yang semakin berkembang ini.

"Dan atas alasan itulah, kami menjenamakan semula kumpulan ini dengan nama Sofazr berbanding nama lama iaitu Sofaz.

"Seperti yang sedia maklum, setiap huruf yang ada pada perkataan Sofaz itu mewakili huruf pangkal bagi setiap anggota kami iaitu Shah, One, Fairuz, Are-Meer dan Zimi. Itulah anggota asal Sofaz sebelum kemasukan Rodie.

"Jadi, huruf R di hujung nama Sofazr itu mewakili nama Rodie," terang Zimi ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulung mereka di bawah label Global Records di Saloma Bistro, baru-baru ini.

Selain majlis pelancaran album yang berjudul Maaf Dari Hati Mohd. Atlas (MDHMA) itu, turut dilangsungkan adalah upacara menandatangani kontrak rakaman selama tiga tahun antara Sofazr dan Global Records.

Tambah Zimi, selaku Pengarah Urusan Global Records, dia dan anggota Sofazr yang lain merupakan pemegang saham utama syarikat rakaman yang dimiliki oleh seorang usahawan berpangkat Datuk itu.

"Datuk itulah yang memberi modal untuk memulakan perniagaan ini manakala kami akan bertindak sebagai individu yang menguruskannya.

"Sofazr merupakan artis pertama yang bernaung di bawah syarikat ini dan ia akan disusuli oleh beberapa artis lain tidak lama lagi," katanya yang teruja dengan penubuhan syarikat tersebut simbolik kematangan kumpulan itu.

Zimi turut memberitahu, projek akan datang adalah untuk menerbitkan album pasangan suami isteri, Isma dan Zul 2By2.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails