Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tak kecoh pun, meriah juga


JOYAH mengakulah Joyah tak dapat jemputan pernikahan mereka. Maklumlah, hanya krew E-News sahaja media yang dibenar membuat liputan majlis pernikahan Marion Rose Counter dan suaminya yang kacak lagi kaya itu, SM Nasarudin.

Joyah memang kagum sangat dengan pasangan ini. Masa bercinta tak adalah sekecoh mana. Diam-diam saja, dah beberapa bulan lagi bernikah barulah heboh dalam media mengenai hubungan mereka. Ha, macam tu baru betul.

Ada anak orang kaya yang bercinta dengan artis bagai nak rak, tapi sampai sekarang tak kahwin-kahwin juga. Si artis duduk tayang ke hulu ke hilir kekasih kayanya itu, sampai semua orang sudah naik muak dengan sikap menunjuk-nunjuk dan berlagaknya itu. Ada yang kata, nampak sangat artis tak ada kelas, dapat ikan besar sikit, heboh nak tayang satu dunia.

Tapi berbeza dengan Marion yang pandai menjaga nama baik keluarga SM Nasa yang kini sudah sah menjadi suaminya.

Maknanya, dia boleh berdiri sama tinggi dengan aristokrat yang juga pewaris syarikat permotoran terkemuka itu.

Kata SM Nasarudin, dia memilih Marion sebab sepanjang lima tahun berkawan, wanita itu tidak pernah meminta apa-apa hadiah daripadanya.

"Kereta 'free' pun dia tak pernah minta," demikianlah rahsia yang dipecahkan oleh SM Nasarudin dalam majlis persandingannya di sebuah hotel ternama.

Marion juga mendedahkan bahawa SM Nasarudin adalah kekasih pertamanya dan bersyukur sebab mereka akhirnya berkahwin juga.

Sudah kahwin baru semua rahsia cinta dikongsi dengan masyarakat. Itu baru betul. Semoga kekal bahagia sepanjang kehidupan mereka. Joyah yakin, mak mentua pun akan sayang kalau dapat menantu yang elok macam Marion ni. Cepat-cepat dapat anak ya Marion.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails