Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jangan jaja cerita cinta


SAYA cukup gembira melihat gambar penghias muka depan Pancaindera minggu lalu mengenai pelakon Juliana Evans yang bergandingan bersama Zizan. Macam-macam cerita cinta yang mereka perkatakan tetapi adakah itu yang wajar ditulis?

Sebelum itu, saya hendak bertanya kepada tuan punya badan, apa matlamat anda menceburi bidang seni? Selama ini apakah sumbangan anda kepada industri seni tanah air? Saya sebagai pemerhati bidang seni tanah air, agak meluat dengan cerita cinta Juliana Evans yang tidak berkesudahan.

Bercinta, putus, bercinta, putus, seolah-olah menjadikan nama Juliana cukup cocok dengan cerita cinta sahaja. Sebagai seorang anak muda Malaysia, eloklah jika Juliana membantu bidang seni ini dengan mencapai kejayaan yang membanggakan negara.

Contoh yang terbaik adalah Datuk Siti Nurhaliza, di mana beliau sejak dari muda remaja menceburi bidang seni dan mencapai pelbagai anugerah yang membanggakan negara. Selepas jauh berjaya, barulah cerita cinta beliau muncul.

Jauh sekali dengan Juliana yang pencapaian tidak seberapa tetapi cerita cinta yang dihebohkan. Sudah-sudah lah. Buktikanlah kepada peminat seni tanah air bahawa anda mampu untuk memajukan bidang seni tanah air kerana dengan cerita cinta anda ia tidak mampu menyumbang apa-apa.

REMAJA BERWAWASAN,

Selangor.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails