Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Belum bertaraf diva – Sharifah Shahira


PELAKON, pengacara dan pelawak, Sharifah Shahirah mengakui gusar dengan dakwaan mengatakan dirinya semakin diva sejak akhir-akhir ini, lantaran terlalu ‘laris’ dengan acara komersial dek wajah dan suaranya kerap muncul di khalayak umum.

Ini mewujudkan situasi kurang senang sesetengah pihak yang kemudian menyasarkan gurauan keterlaluan terhadapnya.

Diakui pada mulanya, Sharifah Shahirah masih boleh bersabar. Bagaimanapun, apabila jenaka ‘diva’ itu kerap singgah di telinga menyebabkan empunya badan rasa diri diperolok-olok.

“Saya belum bertaraf diva. Tak sampai lagi pun,” ringkas awal wanita ini yang ditemui selepas Konsert Kemuncak Raya Suria FM 2011 bersama MYEG di Putrajaya minggu lalu.

Pemenang Aktres Komedi TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2004 menerusi sitkom Ada-ada Aje menerangkan bahawa jolokan ‘diva’ itu terletus dari persepsi mengatakan dia semakin laku tatkala ini.

“Semua ini adalah rezeki kurniaan Allah SWT. Saya sendiri tak menyangka ada peluang keemasan sebegini. Ada yang cakap, Sharifah Shahira tak begitu terserlah sebelum kahwin. Berlakon ala kadar saja.

“Tapi bila difikirkan semula, orang di luar hanya nampak kejayaan saya pada hari ini dan bukan pada masa terdahulu. Perbezaan dua zaman yang dipercayai menjadi modal untuk lebih kerap mengusik saya,” katanya tanpa berselindung.

Ditanya tentang perasaan wanita berusia 37 tahun ini berhubung isu berkenaan, jelas kelihatan raut kecewa di wajahnya.

“Jujurnya, saya tak akan sentap dengan apa juga kata-kata orang. Mungkin kepenatan jadual harian buat saya tak boleh terima gelaran diva itu. Ia terlalu tinggi buat anak seni yang kerdil macam saya ini.

“Kalau nak bandingkan saya dengan artis sedia ada, jauh panggang dengan api. Saya lebih selesa kalau langsung ditiadakan panggilan diva itu kepada saya.

“Lagi pun saya percaya semua tawaran ini bersifat sementara. Bila orang nak dengan kita. Kalau dah tamat nanti, saya akan jadi Sharifah Shahirah yang asal,” katanya merendah diri.

Satu lagi perkara yang membabitkan nama baik isteri kepada pelakon Ijoy ini adalah kesukaran untuk menghubunginya sejak akhir-akhir ini.

Untuk persoalan tersebut, Sharifah Shahirah mengakui bahawa wujud salah faham lantaran dia tidak mempunyai pembantu peribadi.

“Saya tak punya pengurus yang menyusun jadual harian. Semuanya dilakukan sendiri dari tugas mengangkat telefon, temuramah, fotografi dan apa saja. Itu belum lagi tanggungjawab sebagai ibu kepada empat anak, rumah dan suami,” hujahnya.

Dalam perkembangan lain, wanita ini menafikan menjadi punca rating rancangan Breakfast@

Suria di Suria FM menurun.

“Macam-macamlah orang cakap tentang saya. Jadi deejay tak baguslah dan suara macam apa-apalah. Memang wujud kesukaran dalam mencari titik keserasian sewaktu ke udara pada mulanya.

“Perkara ini dialami semua orang kalau hendak bekerjasama buat kali pertama. Tapi bila dah lama-lama, semuanya berjalan lancar,” katanya di hujung perbualan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails