Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Khairul Fahmi Che Mat Nafi Hubungi Bekas Tunang Untuk Minta Bantuan


Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang Khairul Fahmi Che Mat telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan disebabkan tweet-tweet bekas tunangnya itu baru-baru ini, Khairul Fahmi Che Mat yang pasukan kebangsaan bagi meraih pingat emas Sukan Sea, mendakwa itu cuma percubaan untuk mengganggu konsentrasinya

Khairul Fahmi didakwa telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan berhubung penyebaran gambar-gambar beliau di sebuah restoran Itali di Bukit Bintang.

Menurut Khairul Fahmi melalui Twitternya, dia hanya menghubungi ibu, ayah serta kekasih barunya sebelum berlepas ke Indonesia. Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai agar berhenti memperkatakan tentang kisah peribadinya kerana fokus yang lebih penting ialah tugasnya sebagai pemain kebangsaan yang berusaha membantu negara memenangi pingat emas.

Menyifatkan gosip baru itu sebagai tuduhan tak berasas, Khairul Fahmi turut membuat kenyataan tentang pihak yang hendak membuatnya jatuh dan tidak gembira, tetapi dia juga berkata dia tak akan mempedulikan semua itu. Untuk berbual dengan Khairul Fahmi Che Mat secara langsung, tweet beliau di @fahmiapexs.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails