Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Memancing buat Qi tenang


DAPAT ikan kecil pun jadilah,” kata Qi Razali sambil ketawa semasa melihat hasil tangkapan setelah bersabar menunggu mata kailnya disentap ikan dalam hujan gerimis.

Tidak dinafikan, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti memancing, lebih-lebih lagi jika banyak masa yang terluang.

Baginya, aktiviti tersebut sedikit sebanyak menenangkan jiwa.

“Kalau memancing ini, sekurang-kurangnya dapat juga melarikan diri daripada kesibukan dan hiruk-pikuk di kota. Bagi saya, setakat untuk bersantai, kalau datang ke tempat sebegini pun sudah cukup.

“Asalkan tempatnya tenang dan tidak ada perkara lain yang mengganggu,” ujarnya ketika ditemui S3 di kolam memancing di Batu 9, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Bagi pemegang watak Budi dalam drama rantaian Blogger Boy ini, kepuasan memancing bukanlah terletak pada hasil pancingan semata-mata.

“Kalau nak diikutkan, kepuasan memancing hanya dapat dirasai oleh pemancing itu sendiri.

“Kecil atau besar bukan ukuran sebab thrill memancing ini terasa apabila batang pancing kita disentap ikan.

“Masa itu, perasaan cemas timbul dan dalam masa yang sama, otot-otot yang lain akan turut tertumpu pada mata kail,” jelas Qi sambil menyelak helaian novel yang dibacanya sambil menunggu umpannya mengena buat kali kedua.

Apabila memperkatakan tentang aktiviti masa lapangnya itu, Qi tidak dapat melupakan pengalaman ketika memancing ikan jenis layaran di Endau Rompin, Pahang, beberapa bulan lalu.

“Semasa itu, saya terpaksa bergelut untuk menaikkan ikan tersebut dalam tempoh lebih kurang 20 minit. Habis satu bot yang saya naiki itu terpaksa saya kelilingi bagi menjinakkan ikan layaran itu.

“Alhamdulillah, setelah beberapa rakan membantu, akhirnya dapat juga saya naikkan ikan seberat 26 kilogram itu,” cerita pemilik nama penuh Qushairi Mohammed Razali ini penuh bersungguh.

Tambahnya, jika betul-betul ingin merasakan adrenalin pertarungan menaikkan ikan, bolehlah mencuba memancing di laut.

Selain itu, di kolam memancing yang dikunjungi Qi bersama S3 , terdapat juga satu kawasan yang menempatkan beberapa ekor rusa.

Kata jejaka berusia 34 tahun ini lagi, kebiasaannya jika sudah puas memancing dan mempunyai kesempatan, dia akan memberi makanan kepada rusa-rusa di situ.

“Kadang-kadang apabila dapat luangkan masa buat perkara sebegini, tenang rasanya. Kalau keadaan tenang dan nyaman macam ini, hilang segala masalah dalam kepala,” ujar Qi sambil menghulurkan makanan kepada rusa yang menghampirinya.

Hos program baru

SELARI dengan minatnya terhadap aktiviti memancing, akhirnya Qi terpilih untuk menjadi pengacara sebuah rancangan memancing terbitan Homegrown yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Menurut Qi, dalam rancangan tersebut, dia bakal membawa penonton meneroka tempat-tempat memancing yang mampu menarik deria kaki-kaki pancing.

Namun dalam kesibukan Qi menjadi pengacara, dia mengakui 2011 merupakan tahun yang memenatkannya.

Tidak dinafikan, sejak memulakan langkah pertama menjadi pengacara untuk Destinasi Bajet pada tahun 2004, kini rezeki jejaka ini mencurah-curah.

“Kesilapan saya adalah tidak menyusun jadual dengan cekap menyebabkan saya tidak ada masa yang cukup untuk berehat.

“Insya-Allah, tahun hadapan saya akan pastikan pembahagian dan pengurusan masa saya lebih tersusun dan tidak terlalu padat.

“Sekurang-kurangnya dapat juga saya berehat. Risau juga sekiranya saya terlalu penat, nanti hilang pula momentum untuk muncul ceria ketika mengacara,” jelasnya yang juga pengacara program Art Attack! di saluran Disney.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails