Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Akim Nafi Cinta Kena Reject Disebabkan Stacy!

Sungguhpun penyanyi Akim Ahmad sering saja dikaitkan bermain cinta dengan Stacy, namun jejaka tampan ini tidak pula menghadapi kesukaran untuk mencari cinta dengan gadis lain. Malah, Akim yang baru saja melancarkan video muzik terbaru lagu Menunggu yang dimuatkan dalam album solo pertamanya berjudul Akim Ahmad, menafikan dakwaan bahawa dia telah menghadapi kesukaran untuk bercinta dengan orang lain disebabkan gosip yang melibatkan dia dengan Stacy. "Saya tidak menghadapi masalah cinta kena reject sebab Stacy. Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan bahawa saya bercinta dengan Stacy. Kalau ditanya pun, saya akan menjawab bahawa hubungan saya dengan Stacy hanyalah kawan saja. "Terus-terang, setiap kali berjumpa media dan peminat, saya hampir bosan ditanya soalan pasa; Stacy. Namun, saya tidak boleh menghalang pertanyaan tersebut. Saya hanya perlu menjawab secara ikhlas dan berterus-terang saja. "Lagu duet saya dengan Stacy iaitu Kembali yang turut dimuatkan dalam album solo saya ini pun bukanlah lagu untuk menutup atau menamatkan gosip kami. Lagu ini sebenarnya adalah lagu permintaan dari sepasang suami isteri yang saya kenali," katanya kepada murai.com.my. Meneruskan penjelasan, Akim tidak pernah meletakkan sasaran tempoh tamatnya orang membicarakan tentang dia dan Stacy. "Saya tidak terfikir pula sampai bila. Mungkin sampai kami dua-dua dah kahwin rasanya. Apapun, cerita dan gosip tentang kami itu sebagai penguat hubungan kawan kami. Ianya juga boleh dijadikan sumber inspirasi terhadap hasil karya seni saya. "Adakalanya ia memang menganggu perjalanan karier kami. Namun, saya menganggapnya sebagai publisiti dan resam sebagai seorang artis. Saya pun merasakan ia tidak mendatangkan masalah besar pada kami. Biarlah orang nak bertanya. Saya pun tidak banyak kawan. Saya pun jenis memilih kawan. Soal kena reject tu sama sekali tidak wujud," jelasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails