Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Konflik cinta Fizz Fairuz

Tidak pernah surut dengan kisah tragis hubungan mereka, kini kisah Fizz Fairuz dan Almy Nadia memasuki episod baru yang lebih dahsyat. Fizz yang diam-diam bertunang dengan wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela Mohd. Nazar dua minggu lalu, memutuskan pertunangannya seminggu selepas itu. Alasan yang diberikan oleh Fizz cukup untuk menyentak sanubari. Dia mendakwa bertunang dengan isteri orang - isu yang menimbulkan seribu satu persoalan. Tidak cukup dengan pengakuan tersebut, perang media tercetus pula antara Fizz, Azlyn dan beberapa pihak lain yang menghangatkan lagi atmosfera dunia seni tanah air sepanjang minggu ini. Ramai tertanya-tanya kemelut antara mereka. Siapa yang bercakap benar dan siapa pula yang berbohong berkenaan dengan isu ini. Yang nyata, Fizz tetap dengan pendirian mahu putus. Alasannya, gadis berusia 26 tahun yang jadi tunangannya sudah bersuami dan menjadi isteri kedua kepada seorang usahawan yang dikahwini di Thailand. Menariknya, Fizz bukan sahaja memutuskan pertunangan malah mendakwa kehidupannya selama setahun sejak bercinta dengan Azlyn bagaikan diatur kuasa aneh. Dia hanya tersedar selepas bertunang. Kenyataan Fizz itu disokong oleh lelaki yang mengaku sebagai suami Azlyn, Khamis lalu. Malah lelaki ini bertegas mengatakan isteri keduanya ‘sakit’ dan hilang ingatan selepas lapan bulan mereka bernikah. Justeru dia yang dikenali dengan nama Ramli memohon agar orang ramai tidak menyalahkan Fizz atas apa yang berlaku memandangkan pelakon berkenaan ditipu sepanjang tempoh perkenalan mereka. Namun Azlyn mempertahankan diri dengan mengatakan Fizz berbohong dan mengakui bingung dengan status hubungan mereka. Menganggap isu tersebut menjatuhkan maruah diri dan keluarga, Azlyn tetap bertegas yang dia masih belum berkahwin dan meminta Fizz memeriksa sendiri butiran di pejabat agama. Keluarga Azlyn pula meminta agar Fizz mengikut adat jika mahu memutuskan pertunangan selain mahu pelakon itu berhenti menyebarkan dakwaan yang mengaibkan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails