Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Buku Biografi Rita Rudaini, Bakal Dedah Kisah Perjalanan Hidup

Rita Rudaini kini kembali menyinar setelah drama Sehangat Asmara lakonannya bersama Adi Putra mendapat sambutan yang menggalakkan. Tambah menarik lagi, Rita Rudaini bakal tampil dengan buku biografi tentang dirinya! “Biografi itu rakaman perjalanan hidup saya.” Saya mahu setiap isteri yang dalam dilema tahu hak mereka. Idea itu timbul sekitar tahun lalu, masa saya tengah kusut dengan masalah tapi sekembalinya daripada mengerjakan umrah, semangat saya jadi lain. Saya jadi tenang sehinggakan orang sekeliling rasa pelik seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku ke atas saya. Saya bekerjasama dengan seorang kawan baik untuk penerbitan buku berkenaan”. – Rita Rudaini (Kosmo) Menurut Rita lagi, buku biografi itu juga diharap dapat memberi pengajaran kepada setiap wanita yang mengalami masalah yang sama sepertinya. Rita Rudaini kini menguruskan segala keperluan hidup seperti rumah, kereta dan anak-anak dengan menggunakan duit hasil lakonannya sendiri. -selebritimalaya.com
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails