Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Hilal Nafi Tolak Cinta Heda Kerana Gemuk!

KUALA LUMPUR, 18 FEB 2013: Tatkala program On Air bersiaran di Astro Ria Jun 2012, salah seorang peserta program itu, Hilal Azmi telah dituduh menolak cinta Heda kerana peserta tersebut berfigura besar. Bagaimanapun, ketika sidang media memperkenalkan Hilal sebagai personaliti baru Astro didikan Datuk Aznil Hj Nawawi minggu lalu, dengan pantas anak muda ini telah menafikan gosip berkenaan. "Saya tidak tolak cinta dia. Saya juga tidak pernah tahu dia sukakan saya. Saya tahu pun selepas gosip ini tersebar di internet. Sekarang ini pun, sudah tentu saya tidak akan terima cintanya kerana ia lebih dulu diketahui media daripada saya sendiri. "Saya tidak pula menuduh Heda yang beritahu, sebaliknya mungkin saya akan terima cintanya seandainya benda ini saya tahu dulu sebelum orang lain tahu," katanya kepada murai.com.my. Dalam pada itu, Hilal memberitahu dia bukanlah lelaki yang menyukai wanita di sebalik luaran cantik saja. "Saya bukan lelaki yang suka pada luaran yang cantik saja. Pada saya kecantikan itu datang dari dalam bukanlah luaran semata-mata. Sejak keluar dari On Air, saya langsung tidak berkomunikasi dengan Heda. Saya juga tiada niat nak bertanya dia sendiri sama ada benar ke dia menyukai saya. "Saya pun tiada sebab untuk menghubunginya. Kalau saya terserempak pun dengan dia, mungkin saya tidak tegur Heda," jelasnya. Bukannya datang dari golongan lelaki sombong, Hilal memberitahu hubungannya dengan Heda bukanlah kawan tetapi sekadar kenalan. "Saya bukannya berkawan dengan Heda. Dia hanya kenalan saya saja. Saya bukannya tidak suka dengan dia. Saya memang kenal dia hanya gitu-gitu saja. Kalau dia kawan saya, barulah saya ambil tahu tentang dia," ujarnya. Menyentuh mengenai wajahnya yang dikatakan seiras Diddy Hirdy, Hilal menyatakan memang ramai beranggapan seperti itu. "Memang ada orang kata wajah saya seiras Diddy Hirdy. Tapi, Ssya tidak pernah cakap muka saya sama dengan dia dan saya sendiri tidak pernah merasakan wajah saya sama dengan Diddy. Ini semua ciptaan Tuhan. Kita memang akan jumpa iras wajah kita di dunia ini. "Insya-Allah, saya berharap selepas saya jawab mengenai gosip ini, segalanya bakal berakhir," katanya penghujung bicara.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails