Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tasha Shilla: Tiada Apa Untuk Diulas Tentang Pertemuan Itu

KUALA LUMPUR, 13 FEB 2013: Pelakon Tasha Shila atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razakmemberitahu bahawa tiada apa yang perlu diulas mengenai pertemuannya dengan Neelofa di perkarangan TV3 ketika aktres jelita itu menjayakan rakaman sebuah program bual bicara untuk stesen televisyen berkenaan. Tasha ditanya mengenai hal itu, selepas Neelofa berkongsi cerita mengenai pertemuannya dengan pelakon berkulit sawo matang itu di TV3 sewaktu dia meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24 baru-baru ini. "Memang benar kami ada bertemu di TV3 beberapa hari lalu. Namun, saya rasa tiada apa untuk diulas mengenai pertemuan ini. Lagipun ini bukanlah kali pertama saya bertemu dengan Neelofa. Saya tidak mahu beri sebarang komen, nanti tersalah cakap akan jadi berpanjangan pula. "Sejak dari awal, saya lebih suka berfikiran terbuka dan bertindak profesional serta fokus kepada keutamaan saya iaitu kerjaya. Pada pihak saya sendiri, selepas perkara yang berlaku tahun lalu itu pun saya tidak mengambil tahu mengenainya dan tidak merasakan ada permasalahan di antara kami berdua,"jelasnya ringkas pada sidang media Air France, minggu lalu. Dalam pada itu, aktres yang popular menerusi siri televisyen, Gemilang itu akan menyertai Fathia Latiff dan Fizo Omar terbang ke kota Paris sempena bermulanya penerbangan kendalian syarikat penerbangan Air France, April ini. Mereka bertiga akan disertai oleh 20 peminat atau pembeli terawal pakej istimewa yang ditawarkan Air France untuk bersama-sama menjelajah ke Perancis lebih kurang seminggu. Rombongan ini akan berlepas dengan pesawat pertama yang akan mulai beroperasi untuk perjalanan Kuala Lumpur - Paris pada 23 April ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails