Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ana Dahlia Harap Chef Riz Kekal Dengan Mak Jemah

Meskipun tidak mengenali wanita bergelar Mak Jemah yang kini menjadi teman istimewa bekas suaminya, Chef Riz namun pelakon Ana Dahlia hanya mengharapkan hubungan cinta mereka kekal dan bahagia. Malah, Ana Dahlia berkata dia mendoakan Chef Riz dapat memberikan komitmen yang sebaiknya dalam hubungan cintanya bersama wanita berkenaan. "Mengenai hubungannya dengan wanita itu, saya sendiri tidak tahu menahu serta tidak mengenalinya. Itu hal personal dia dan dia pun tidak bercerita dengan saya mengenai mana-mana wanita yang dikenalinya. "Saya cuma berharap hubungannya kali ini akan kekal dan dia juga haruslah pandai menjaga hubungan cinta itu dengan sebaik mungkin," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi. Dalam artikel sebelum ini, Chef Riz akui gambar yang di muat naik ke dalam laman Instagram itu adalah teman wanita yang sedang dikenalinya dan hanya mahu dikenali sebagai Mak Jemah. Setelah lebih kurang dua bulan bercerai, Ana memberitahu dia dan Chef Riz masih lagi berhubung dan menjalinkan hubungan seperti kawan biasa. "Kami hanya berkawan biasa selepas bercerai dan tiada pula hendak bermusuh atau sebagainya. Saya juga tidak mahu kerap menghubunginya kerana rasanya tidak elok untuk kembali rapat selepas hubungan suami isteri kami berakhir," jelasnya lagi. Perkahwinan mereka hanya kekal selama 11 bulan selepas selamat diijabkabulkan pada 11 Disember 2011.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails