Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fathia cinta Keith?

BANYAK yang Miss J dengar perihal aktres muda yang seorang ini. Biasalah orang cantik, semua mahu 'himpit'. Daripada orang ada-ada sampailah orang berada. Semua mahu cuba nasib. Mana taknya, tengok gayanya di layar, siapa yang tak jatuh cinta. Penuh sopan dan santun serta berbudi bahasa mestilah hati jadi cair terutama lelaki mata keranjang. Tak hairan Fathia yang cantik manis ini berterusan diburu cinta orang kaya dan kenamaan termasuk golongan kerabat diraja yang mahu menakluki hati pelakon ini. Beruntung sungguh Fathia. Tapi itu kata kita. Miss J dengar Fathia tak pandang itu semua, apalagi lelaki yang hidung belang. Katanya Fathia ada cita rasa tersendiri. Dia suka lelaki yang sanggup terima diri dia seadanya. Sesiapa pun akan pilih lelaki macam tu Fathia oiii. Tapi yang menariknya, Miss J dengar Fathia sedang menyukai seseorang. Teman artis juga. Kalau kita tanya, memang dia akui. Cuma siapa orangnya, dia nak berahsia pulak. Risik punya risik, Miss J dapat tahu juga siapa gerangan yang diminati Fathia. Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, katanya Fathia sedang hangat bercinta dengan Keith. Patutlah tolak cinta kerabat seperti yang heboh di media baru-baru ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails