Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jeslina pula nak cerai

RASANYA kita baru sahaja melangkah ke bulan Februari tetapi kisah suka duka artis tempatan memang tak pernah surut daripada pelbagai kisah panas yang penuh kontroversi. Reda seketika kisah cinta tak kesampaian Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad, kini kisah Fizz Fairuz pula semakin panas. Semakin lama semakin banyak cerita menarik yang mampu buat orang geleng kepala. Tapi Syed lebih tertarik kepada kisah penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim yang khabarnya mahu bercerai dengan suami pertengahan minggu lalu. Tak ada angin tak ada ribut tahu-tahu mereka sudah memfailkan permohonan cerai di mahkamah. Cuma tuntutan cerai tersebut tidak dapat dilakukan apabila Jeslina dalam keadaan tidak suci untuk meneruskan niat tersebut. Kalau ada yang masih ingat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia itu berkahwin dengan Dion Andrew Vercoa dan dikurniakan dua orang anak yang kini dalam jagaan suaminya. Mengikut cerita yang disampaikan, pasangan ini dikhabarkan sudah tidak duduk sebumbung dalam tempoh masa yang agak lama dan masih tidak diketahui apakah punca pasangan ini nekad mahu bercerai. Banyak juga cerita yang tak sedap didengar bertebaran selepas mereka umum nak bercerai. Lebih baik kita tunggu penjelasan Jeslina apa yang berlaku.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails