Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Stacy Bakal Kuruskan Badan Kerana Bosan!

KL, 22 FEB 2013: Kesian pulak Murai Batu dengan penyanyi Pelangi Senja iaitu Stacy. Sebab, dari tahun lalu hingga sekarang ini, ramai yang asyik fokus tentang bentuk badannya yang memang sudah makin berisi berbanding di awal kemunculannya dalam industri hiburan dulu. Walaupun, Stacy berjaya turunkan sedikit berat badannya, namun ianya dilihat masih belum mencukupi dan masih belum ideal sepertimana bentuk badan asalnya dulu. Hai, Susah betul jadik artis nikan. Sebab, semua benda nak kena jaga. Bukan saja suara, nyanyian, lagu, penampilan, malah bentuk fizikal badan juga. Lainlah kalau penyanyi itu memang dari awal lagi sudah memulakan kerjayanya dengan bentuk badan yang sebegitu. Orang pun tak cakap sangat. Paling tidak pun, orang hanya akan sarankan mereka supaya turunkan berat badan. Apapun, Murai Batu dengar Stacy dengan sibuk mempromosikan single barunya berjudul Bosan. Apa yang tertera di sebalik lagu ini, Murai Batu pun tak pasti. Tapi, Murai Batu percaya sedikit-sebanyak Stacy pasti bosan bila orang asyik cakap pasal bentuk badannya sekarang ini. Oleh itu, ada kemungkinan Stacy akan memulakan usahanya untuk mengkuruskan badannya. Murai Batu percaya, usaha Stacy itu akan membuahkan hasil. Sebab Bosan adalah sebuah lagu yang berbentuk fast serta dance macam lagunya yang sebelum ini iaitu Pakai Buang serta Kasanova. Jadi, ia memerlukan Stacy untuk kembali menari di atas pentas bersama group penarinya. Kalau setiap minggu buat latihan, gerenti kurus punyalah Stacy. Seperkara lagi, Murai Batu percaya ramai yang rindukan kemunculan Stacy dengan lagu berbentuk dance dan bukannya melihat dia dalam keadaan yang statik mnerusi Pelangi Senja. Tapi, hendak buat macamana disebabkan hendak tonjolkan kredibiliti vokalnya, Stacy kena juga muncul dengan lagu ballad sebegini. Sebab nanti, ada saja orang yang kritik mengatakan dia tidak boleh nyanyi pula.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails