Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lynnzay tak kisah dihentam

LAGU dendangan semula Lynnzay Affandy daripada lagu Jejaka Idaman yang diberi nafas dan judul baharu, Jejaka Idaman 2.0 pernah dilanda kontroversi tidak lama dahulu. Ini kerana ramai yang mengkritik bahawa Lynnzay seperti merosakkan lagu nyanyian asal Raja Ema itu yang pernah popular pada tahun 80-an. Namun, Lynnzay yang mula bergerak solo pada Jun tahun lepas, mengakui perkara tersebut sedikit sebanyak memberi pengenalan bagi dirinya untuk dikenali masyarakat. Bagaimanapun, minatnya terhadap muzik tidak membuatkan pemilik nama sebenar, Ammalina Muhammad Affandi ini berputus asa untuk membina nama. Ikuti temu bual bersama Lynnzay yang kini tampil dengan single terbaharu yang berjudul, Untuk Kamu. Kosmo!: Bolehkah Lynnzay ceritakan apakah yang terjadi sebenarnya ketika dilanda kontroversi Jejaka Idaman 2.0? LYNNZAY: Saya mula tampil sebagai artis solo pada tahun lepas. Ketika itu saya muncul dengan single Jejaka Idaman 2.0 yang merupakan dendangan semula lagu hit Raja Ema, Jejaka Idaman. Saya terlebih dahulu berbincang dengan pencipta lagu tersebut iaitu Fauzi Marzuki. Namun disebabkan Raja Ema kurang berpuas hati dengan pembikinan semula lagu tersebut maka ia pernah mencetuskan kontroversi. Pihak media mula temu ramah saya dan saya lihat ia sebenarnya bukan sebagai suatu perkara negatif, namun ia membantu saya daripada sudut publisiti. Bagaimanapun, ada juga setengah orang mengatakan rentak Jejaka Idaman 2.0 terlalu rancak jika dibandingkan dengan versi asal yang dinyanyikan oleh Raja Ema. Saya cuma ingin menampilkan kelainan bagi generasi baharu namun terjadi sebaliknya. Mungkinkah peminat merasakan anda telah mengubah lagu tersebut? Saya juga rasa begitu kerana peminat yang dahulunya menyukai versi yang lama, namun, sebahagiannya menyukai lagu dan melodinya yang rancak, malah ada juga yang memuji. Ini bermakna, walaupun dilanda kontroversi ketika itu, bukan semua yang menghentam anda dengan memberikan komen negatif? Ya betul. Memang tidak dinafikan saya terima kedua-dua komen - negatif dan positif. Namun, tidak dinafikan, komen negatif banyak datang daripada orang-orang lama dalam industri muzik. Anda masih lagi baru muncul sebagai penyanyi, namun sudah dihentam, pernah rasa kecewa untuk berada dalam industri? Hakikatnya, ia membantu saya untuk dikenali orang. Ada sesetengah yang menonton sendiri dan memberi komen yang membina. Saya juga tidak pernah padamkan segala komen yang diberikan buat saya walaupun ia komen yang buruk. Ini bermakna Lynnzay tidak risau dikritik oleh peminat muzik atas dasar ia boleh membantu karier nyanyian anda? Memang benar. Ini kerana, memang ada yang menyokong saya. Jika tiada langsung yang menyokong, mungkin saya akan berasa khuatir dengan perkara tersebut. Tetapi, memang tidak dinafikan, setelah kontroversi itu tercetus, peminat juga semakin ramai, walaupun ada yang menghentam saya menerusi Twitter. Ada dalam kalangan mereka yang memberi cadangan kepada saya agar menghasilkan lagu yang segar atau hasilkan lagu sendiri. Selepas Jejaka Idaman 2.0, apakah perkembangan terbaharu anda? Sebenarnya, selepas Jejaka Idaman 2.0, saya pernah melancarkan sebuah single berbahasa Inggeris yang dihasilkan sendiri berjudul, Angel Dust. Namun, lagu itu juga pernah mencetuskan sedikit isu kerana saya menggunakan penari pengiring bertubuh besar walaupun memang ramai yang menyukainya. Kini, saya akan keluar dengan single ketiga, berjudul Untuk Kamu yang juga mengetengahkan genre R&B, pop serta dub-step. Lagu-lagu ini semua ditulis dan digubah oleh saya sendiri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails