Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Deera sedia hadapi kontroversi

MEMULAKAN kerjaya seninya dengan menyertai Idola Kecil musim ketiga, Nadeera Allysha Aminudin atau mahu dikenali sebagai Deera Aminudin, 14, terus mengorak langkah dalam bidang seni. Walaupun tidak menjadi salah seorang yang melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu, Deera yang tersingkir di peringkat keempat nyata tidak mudah berputus asa. Namun, kerjaya seni Deera bukan diatas pentas nyanyian, tetapi lebih terarah kepada lakonan. “Memang kini Deera belum terima pelawaan dari syarikat rakaman tetapi Deera lebih aktif berlakon dan menjadi pengacara untuk segmen kanak-kanak," ujarnya. Ketika ditanya sudah bersediakah Deera unutk menghadapi kontroversi memandangkan dirinya kini masih lagi bergelar pelajar sekolah menengah, dengan yakin Deera mengangguk. “Saya tidak kisah jika dikaitkan dengan sebarang kontroversi. Sekarang ini, apa yang penting ialah untuk memantapkan lagi lakonan Deera dan dalam pada itu seimbangkan pelajaran agar tidak tercicir dalam pelajaran. “Deera seperti remaja yang lain, ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebab itu Deera perlu berusaha lebih keras untuk berjaya di kedua-dua bidang," tuturnya. Tambah Deera yang menjadikan Scha Alyahya dan Farah Fauzana sebagai idola, pelajaran diletakkan terlebih dahulu berbanding kerjaya lakonan. “Sekarang ini Deera aktif sebagai pengacara sahaja. Buat masa ini belum ada lagi tawaran berlakon. Rindu juga nak berlakon semula. “Tetapi walau apapun, akademik akan Deera letakkan dihadapan berbanding kerjaya seni kerana mahu menjadi seorang penghibur yang bukan sahaja terkenal, tetapi juga mempunyai ilmu," katanya. Harapnya Deera mampu menjadi pelakon yang terkenal dan bergelar seorang graduan yang hebat.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails