Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ella nafi usung suami

"SAYANG, sini kejap. I mahu kenalkan you dengan media," ungkap Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya, Ella, kepada suaminya, Azhar Ghazali, dengan suara penuh manja. Biarpun sedang makan, Azhar lantas bangun menghampiri Ella. "Terima kasih sayang. I love you...muahhh," luah penyanyi rock terkenal itu dengan reaksi flying kiss ekoran kesudian suaminya mengikut permintaannya itu. Bagi sesiapa yang tidak mengenali penyanyi terkenal itu pasti hati berkata dia seorang 'gedik' atau sengaja berperilaku manja. Namun, bagi yang sudah mengenalinya, Ella memang seorang yang manja secara semula jadi. Azhar yang diajukan soalan tentang sikap manja Ella ketika di rumah bersama pula secara berterus-terang memberitahu: "Jika di luar rumah Ella kelihatan sudah terlalu manja, ketika di rumah dia lebih manja daripada apa yang dilihat di luar rumah." Lantas, juruterbang penerbangan tambang murah, Firefly itu ditebak lagi dengan soalan tidak timbulkah perasaan cemburu dalam dirinya dengan perilaku Ella yang terlalu manja itu, dia tenang menuturkan jawapan. "Di luar sifat manja dia tidak keterlaluan. Moga manja dia itu tidak menimbulkan fitnah. Begitupun, jika ada yang tidak kena pada pandangan mata saya, setiap malam saya akan bermuhasabah dengan dia," akui Azhar ketika ditemui pada majlis pelancaran acara Larian Selamatkan Hutan 2013 anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menyambung bicaranya, ujar Azhar, sifat manja itu tiada salahnya kerana ia boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Melihat kelibat Azhar yang sentiasa hadir menemani Ella pada majlis-majlis media, persoalan terus ditebak kepada Ella tentang adakah Ella sengaja mengusung suaminya. Ujar Ella, tidak semua majlis media dihadirinya bersama Azhar. "Azhar hanya menemani saya jika dia tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa kerja yang perlu dilakukannya," luahnya. Turunkan ego Kini, selepas melewati usia enam bulan menjadi pasangan suami isteri setelah bernikah pada 7 Julai lalu, banyak aktiviti yang sudah dilakukan Ella dan Azhar bersama seperti melakukan kerja-kerja rumah.
Mungkin ada sesetengah suami bersikap ego dan menganggap kerja rumah hanya dilakukan oleh isteri. Namun bagi Azhar, dia sanggup menurunkan egonya sebagai suami dan melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama Ella. "Tolong isteri membuat kerja-kerja rumah seperti mengemas juga dapat mengeratkan kasih sayang," jelas Azhar. Balas Ella pula, dia juga masih belajar menjadi seorang isteri yang sempurna seperti memasak untuk suaminya. "Setakat ini, Ella sudah memasak untuk dia," ungkap Ella pula. Usai menemu bual, Azhar meminta menyambung kembali menjamah hidangannya. Sekali lagi Ella berterima kasih kepada suaminya sambil mengucapkan perkataan cinta kepada Azhar. Kongsi Ella, dia hanya mengikut saranan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah yang berpesan supaya suami isteri sentiasa mengucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. "Saya dan dia (Azhar) sama-sama suka meluahkan perasaan cinta setiap hari. "Namun, ucapan itu haruslah diucapkan sepenuh hati dan secara semula jadi," jelas Ella. Melihat betapa intimnya pasangan suami isteri ini, Ella ditebak pula dengan soalan bagaimana perasaannya jika berjauhan dengan Azhar. Ujar Ella, dia pernah berjauhan dengan suaminya selama lima hari disebabkan tuntutan kerja dan perasaan yang dialaminya sememangnya tidak menggembirakan. "Memang tidak seronok berjauhan dengan suami tetapi saya faham dia ada karier dan saya juga ada karier yang harus dilakukan. "Berjauhan ini sebenarnya bagus untuk perkembangan karier masing-masing. Pada ketika itu, kita boleh fokus pada kerja dan apabila berjumpa kembali kita boleh kongsi cerita dan hubungan suami isteri tidak bosan," ceritanya. Sengaja mengusik Ella, soalan ditebak kepadanya tentang adakah dia cemburu dengan kerjaya suaminya sebagai juruterbang yang sentiasa dikelilingi oleh para pramugari cantik? Lantas Ella menegaskan, dia sentiasa berfikir positif. "Jika fikir positif, saya dapat jalani hidup dengan lebih tenang," ujarnya. Konsert
Bercerita tentang karier seninya, kata Ella, dia bakal mengadakan konsert jelajahnya pada bulan April ini. Selain konsert, dedah Ella, dia juga bakal terlibat dengan beberapa projek khas yang tidak boleh didedahkannya buat masa ini. "Konsert jelajah saya nanti akan dijayakan dengan kerjasama syarikat rakaman Warner Music dan sebuah syarikat yang saya terpaksa rahsiakan namanya. "Buat masa ini, kami sudah kenal pasti beberapa lokasi untuk konsert jelajah itu nanti. Penutup konsert itu yang berkonsepkan akustik akan berlangsung di Kuala Lumpur," ujarnya yang akan mengadakan sidang akhbar untuk pengumuman konsert jelajah nya nanti. Mengulas mengenai projek khasnya itu, apa yang boleh didedahkan Ella adalah, dia bakal berduet dengan seorang penyanyi terkenal tempatan dan juga seorang penyanyi baharu antarabangsa yang lagunya kini sering diputarkan di corong-corong radio.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails