Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Lima hari penuh makna - Liyana Jasmay

Debaran 8 MacMENGAKUI sibuk selepas bergelar isteri, Liyana tersenyum simpul berkongsi perancangan bulan madunya. Menurut pelakon ini, definisi berbulan madu amat bermakna buat suaminya. "Dia mahu suasana bulan madu di tepi pantai, tiada orang dan sunyi daripada sebarang gangguan. "Dia tak sukakan hiruk-pikuk bising di bandar dan kedai-kedai yang menawarkan barangan untuk membeli belah yang menjadi kesukaan saya," katanya tersenyum. Pun begitu kata Liyana, perancangan bulan madu mereka hanya boleh direalisasikan pada 8 Mac nanti kerana selepas selesai majlis perkahwinan dan bertandang ke pihak lelaki, dia perlu melunaskan penggambaran telefilem terbaru di New York. Menurut Liyana, suaminya itu akan menemaninya di sana sehingga selesai kerja-kerja penggambaran sebelum singgah ke London untuk beberapa hari. "Jadi selepas itu, barulah kami pergi berbulan madu," tambahnya. Dalam pada itu, dia tidak menetapkan tempoh tertentu untuk menimang cahaya mata biarpun keinginan utamanya mahu menghabiskan masa bersama Fathuddin selepas terpisah enam bulan lalu. "Saya mahu ganti semula masa dengan dia sewaktu terpisah sekejap dahulu tetapi itu tidak bermakna saya ada rancangan spesifik untuk melambatkan tempoh mendapatkan cahaya mata. "Sekiranya ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima. Itu semua ketentuan Tuhan dan jika dikurniakan rezeki itu sebelum bulan madu (8 Mac nanti) pun kami tetap menadah tangan kesyukuran," katanya penuh makna.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails