Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nur Fathia pilih lelaki Melayu sebagai suami

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pelakon jelita, Nur Fathia Abdul Latiff, 25, lebih suka memilih jejaka berwajah Melayu tulen sebagai pasangan hidupnya kelak berbanding lelaki berdarah campuran atau bangsa asing. Nur Fathia berkata demikian sebagai membalas soalan Utusan Malaysia hari ini tentang gosip yang mendakwa dia kini intim dengan seorang VVIP. Menurut pelakon drama Dalam Setiap Sujud itu, berada dalam satu majlis pun tidak pernah, inikan pula bertentang mata dengan individu yang dimaksudkan. "Tak tahulah macam mana cerita itu boleh timbul, pada hal Fathia tidak pernah jumpa pun VVIP itu. Bila timbul cerita begitu, Fathia jadi takut sebab ia membabitkan orang kenamaan. "Setakat ini Fathia belum ada teman lelaki di kalangan orang biasa atau pun VVIP, sebab sibuk berlakon. Kalau nak cari teman lelaki pun, Fathia nak yang wajahnya Melayu tulen. Tak sukalah yang campuran," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Nur Fathia berharap cerita itu tidak diperpanjangkan kerana dia tidak mahu orang memandang serong kepada. - UTUSAN
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails