Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dicemuh kerana ingin bernikah - Jaafar Onn

NAMA Jaafar Onn, 62, bukan lagi asing dalam dunia hiburan tempatan. Apatah lagi dia cukup dikenali terutamanya di kalangan mereka yang membesar dengan drama bersiri Cili Padi pada suatu ketika dahulu. Bukan sahaja berbakat dalam banyak bidang seni seperti menyanyi dan mengacara, Jaafar yang dikenali dengan imej lembut turut dikenali ramai sebagai seorang chef selebriti. Namun, usia tidak membataskan Jaafar untuk berkahwin lagi selepas lama menduda, malah dia tidak segan silu untuk berterus terang tentang perkara tersebut. Justeru, anak kelahiran Muar, Johor itu memilih untuk mencari pasangan hidupnya melalui dunia maya yang bukan sahaja lebih cepat tetapi juga menjadi trend dalam masyarakat hari ini. Ternyata sambutan baik yang diterimanya melalui pencarian itu yang mana ramai yang menyokong serta tidak kurang juga yang mencemuh tindakannya itu. MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI menemubual beliau di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini mengenai rasa kecewanya terhadap segelintir mereka yang mencemuh hasratnya itu. Hits: Anda menggunakan laman sosial Facebook untuk mencari jodoh setelah 20 tahun menduda, bagaimana reaksi yang diterima? Jaafar Onn: Alhamdulillah, banyak yang memberi respon setelah saya menyatakan hajat untuk berkahwin lagi. Respon dan pelawaan yang saya terima untuk berkahwin sangat baik dan tidak disangka-sangka. Lebih kurang 1,000 pelawaan saya terima daripada mereka yang ingin bergelar isteri kepada saya. Ramai yang menyokong hajat saya untuk berkahwin lagi tidak kurang juga yang mencemuh. Adakah anda terkilan dengan tindakan sesetengah orang yang mengutuk hajat anda untuk bernikah lagi? Jaafar Onn: Saya rasa terkilan juga dengan tindakan mereka. Ada yang mengutuk dan menghina saya dengan perkataan negatif yang tidak elok saya katakan walaupun niat saya baik. Ada juga yang cuba mengambil kesempatan melalui niat saya itu untuk mempergunakan populariti saya sebagai seorang selebriti bagi kepentingan mereka. Saya sedih, tetapi saya kuatkan semangat kerana niat saya adalah untuk membina sebuah masjid dan saya ikhlas. Alhamdulillah, akhirnya jodoh saya dipertemukan dan saya telah menyampaikan pesanan tuhan yang diberikan kepada saya untuknya dan dia terbuka hati untuk menerima saya. Mencecah usia 62 tahun, apa yang anda cari melalui perkahwinan kali ini? Jaafar Onn: Saya sebenarnya meluahkan perasaan untuk bernikah kerana saya mahukan teman. Kadang-kadang bila kita lakukan sesuatu, perasaan ingin berkongsi itu ada. Itu antara sebab utama kenapa saya mahu berkahwin lagi. Boleh kongsi sedikit perihal wanita bertuah itu dan bila berputik rasa untuk melamarnya? Jaafar Onn: Buat masa ini saya belum bersedia mendedahkan namanya.Dia adalah seorang ibu tunggal berumur 37 tahun berasal dari Ipoh, Perak dan merupakan seorang usahawan. Saya sebenarnya sudah tiga tahun mengenalinya tetapi hanya sebagai seorang rakan dan kami jarang berjumpa. Namun, kira-kira tiga bulan lalu, ketika di majlis meraikan anak-anak yatim, dia turut ada dan ketika itu perasaan untuk menyampaikan hasrat berkahwin itu hadir dan dia menerimanya. Apa yang membuat anda tertarik dengan wanita berkenaan dan bagaimana reaksi keluarga? Jaafar Onn: Saya tidak menetapkan kriteria. Apa yang saya tertarik dengannya ialah dia memahami kerjaya saya sebagai seorang selebrti. Dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan saya iaitu gemar membantu mereka yang memerlukan. Saya sudah bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya dan mereka setuju. Malah, keluarga dan rakan-rakan juga meminta kami supaya mempercepatkan pernikahan kami. Bila anda akan bernikah dan majlis bagaimana pula dengan persandingan? Jaafar Onn: Insya-Allah, jika tiada halangan, kami akan bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini. Sudah berumur ini rasa segan sebenarnya hendak mengadakan persandingan dan sebagainya. Tetapi, Alhamdulillah, lepas saya nyatakan hajat untuk berkahwin tahun ini, ramai yang berjumpa saya untuk menaja majlis kahwin kami. Saya pun tidak pasti lagi, tetapi jika ada, mungkin akan diadakan selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails