Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Faezah Elai kembali aktif

TIADA istilah persaingan jika saya kembali aktif berlakon. Itu semua terletak pada rezeki," kata pelakon Faezah Elai selepas menyatakan hasrat untuk berlakon semula pada pertemuan baru-baru ini. Malah pelakon filem Tanda Putera ini cukup bersemangat untuk menyaingi pendatang baru yang dikatakan menjadi pilihan utama kebanyakan penerbit drama dan filem tempatan. Baginya, soal pilih kasih sebegitu bukan menjadi masalah besar kerana yang penting kemampuan pelakon itu sendiri yang menjadi pertaruhan. Begitu juga setelah menjadi ibu selepas melahirkan anak sulongnya Dealova Heyrinna yang tidak dianggap penghalang untuk Faezah menzahirkan impiannya. Faezah sudah bersedia untuk kembali berlakon kerana tempoh berehat panjang kira-kira lapan bulan sejak Jun tahun lalu itu sudah cukup lama. Kini adalah masa paling tepat untuk dia bangkit dan menyambung semula kerjayanya sebagai pelakon. "Memang saya terlalu rindukan dunia lakonan. Sekalipun bercuti panjang, saya tetap menonton drama, filem tempatan dan antarabangsa bagi mengubati kerinduan. Alhamdulillah impian saya itu tercapai. Insya-Allah saya akan kembali berlakon drama pada minggu depan," kata Faezah yang masih merahsiakan judul drama pertama selepas menjadi ibu itu. Faezah berkata dia juga bertuah kerana mendapat restu suaminya, pengarah drama Mohamad Heykal Mohd. Hanifah untuk kembali berlakon. Bagaimanapun dia perlu bijak membahagikan masa dalam kerjaya dan rumah tangga. Anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini juga perlu memastikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu diberi keutamaan. Masih tidak percayaMENGIMBAS kembali detik cemas sebelum melahirkan anak pada 6 Februari lalu di sebuah hospital di ibu kota, Faezah mengakui itu adalah pengalaman berharga untuk dirinya. Biarpun sudah hampir dua bulan berlalu, Faezah masih merasai debaran tersebut setiap kali memandang wajah anaknya. "Sebenarnya saya sendiri tidak percaya sudah bergelar ibu sejurus selepas melahirkan Dealova secara normal. Rasa sakit dan penat terus hilang apabila kali pertama menatap wajahnya. Perasaan itu sangat menakjubkan," katanya yang memilih nama Dealova kerana terpikat dengan senikata lagu penulis lirik dari Indonesia, Opick yang mempunyai mesej ketuhanan. Tetapi dia tidak mahu Dealova mengikut jejak langkah sebagai pelakon sebaliknya mengharapkan buah hatinya itu memilih kerjaya yang lain. Ini kerana Faezah tidak mahu Dealova turut sama merasai keperitan menjadi pelakon yang penuh dengan ranjau berduri seperti yang dilalui dirinya. Menafikan kerjaya sebagai pelakon itu tidak ada standard namun apa yang diinginkan Faezah adalah masa depan lebih cerah buat anak kesayangannya itu nanti.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails