Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Fazurina akui nikahi Hykal kali kedua

NAMPAKNYA hubungan pelakon Siti Fazurina dengan ibunya, Zubaidah Abu Bakar masih belum pulih sejak dia menggemparkan industri seni ekoran melangsungkan pernikahan dengan membelakangkan keluarganya pada 20 Disember tahun lalu. Pernikahan yang berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohd. Fahmi Freedam Shah, 59, itu adalah di luar pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain. Pernikahan Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd. Famir, 31, dengan suaminya Hykal Zulkifli, 32, itu bagaimanapun didapati tidak sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Ini kerana ia berlangsung tidak mengikut hukum syarak. Fazurina dipercayai memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang berhubung status walinya dengan mendakwa bahawa dia seorang anak tunggal. Sedangkan dia mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak menjadi walinya. Ibu Fazurina sendiri bertindak memfailkan kes ke mahkamah syariah tersebut. Fazurina dan Hykal lalu terpaksa bernikah buat kali kedua di Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik lelaki kandung pelakon itu, Mohd. Firdaus, 22. Hal tersebut didedahkan oleh ibu Fazurina kepada Kosmo! pada 26 Mac lalu, namun belum ada sebarang kekenyataan susulan tentang perkara itu dari mulut Fazurina sendiri. Dalam pada itu, Fazurina juga digosip terkena sihir ekoran sikapnya yang membelakangi keluarga untuk mengahwini Hykal. Fazurina yang ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular 2012 (ABP 2012) di Kuala Lumpur baru-baru bagaimanapun dengan tenang melahirkan perasaan bersyukur kerana kontroversi berhubung pernikahannya telah selesai. “Alhamdulillah, saya lega kerana semuanya telah selesai. Memang benar saya telah bernikah buat kali kedua pada 20 Mac lalu kerana masalah wali. “Akad nikah berjalan lancar, keluarga saya termasuk adik dan ibu turut hadir bersama,” jelasnya. Meskipun begitu, pelakon drama Puteri itu mengakui hubungan dengan ibunya yang menentang keras pernikahannya itu masih lagi tegang. “Pada majlis pernikahan kali kedua itu, ibu turut hadir tetapi kami tidak bersua,” balasnya. Sejak bernikah, dia masih belum pernah berhubung dengan ibunya kecuali atas urusan dokumen bagi melengkapkan pernikahan keduanya itu. “Sejak saya bernikah sehingga ke hari ini, saya dan ibu masih belum berhubung antara satu sama lain. Saya ada cuba untuk menjernihkan keadaan seperti menghubunginya melalui telefon tetapi tidak ada sebarang respons,” katanya. Selain itu, Fazurina yang hadir pada ABP 2012 bersama suaminya menafikan dakwaan yang dia terkena sihir sehingga sanggup berkahwin dengan membelakangkan keluarga. “Tidak, saya tidak terkena sihir seperti yang didakwa. Jika ada sesuatu yang tidak kena pada diri saya, saya pasti akan sedar. Sekarang ini, saya okey dan sihat sahaja,” tuturnya. Impak daripada kontroversi pernikahannya yang tidak mendapat restu daripada ibunya itu, kerjaya lakoannya juga terjejas sehingga kurang mendapat tawaran lakonan. Bagaimanapun, Fazurina tetap berfikiran positif dalam menghadapi dugaan terbesar hidupnya itu. “Saya akui kerjaya agak terjejas kerana kontroversi dan dugaan yang berlaku dalam hidup saya sejak kebelakangan ini. Bagi saya, ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya. Dalam pada itu, dia juga meluahkan hasratnya untuk menimbang cahaya mata secepat mungkin bersama suaminya. “Kehidupan saya sejak akhir-akhir ini penuh dengan dugaan tetapi tidak menghalang saya untuk bahagia dengan perkahwinan ini. “Saya dan suami merancang untuk mendapatkan cahaya mata secepat mungkin sebagai penyeri kehidupan kami,” katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails