Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Enot akui fail permohoan cerai, enggan dedah punca

Pelakon komedi, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengakui dia telah membuat permohonan cerai dengan suaminya tetapi enggan mendedahkan punca sehingga rumah tangganya runtuh. Beliau yang kini bertugas sebagai juruhebah di Bapakku FM itu berkata, dia lebih suka mengambil sikap tidak mendedahkan punca perceraian tersebut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. "Tidak manis untuk saya bercerita hal dalam kain sendiri, lebih baik ia menjadi rahsia kami sahaja. "Cukup kalau saya katakan, sudah tiada persefahaman antara kami. Sebab itu saya telah membuat permohonan untuk bercerai dengan suami, baru-baru ini," kata Enot. Kes perceraian Enot sepatutnya diselesaikan di Pejabat Agama Kajang awal Mac lalu tetapi oleh kerana suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 42, tidak hadir, kes berkenaan telah ditangguhkan dua kali. Menurut Enot, dia reda seandainya jodoh antara dia dan suami keduanya itu bakal berakhir setelah berumah tangga hampir lima tahun. Enot mempunyai dua anak hasil pernikahan pertamanya, Andriana Balqis, 12 tahun dan Ariana Qaseh Qistina, 6 tahun. "Tumpuan saya sekarang adalah untuk menjaga anak-anak yang sedang membesar ini," kata Enot.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails