Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Haizi Rani lepas gian

KETIKA program Sinaran Pasport Kegemilangan mencipta popularitinya sekitar tahun 90-an, ketika itulah nama Haizi Rani terlakar sebagai penyanyi. Namun Haizi gagal mencipta rekod yang stabil dalam bidang nyanyian selepas kali terakhir muncul dengan album Terus Melangkah sekitar tahun 2004. Melihat senario itu maka logiklah jika Haizi tidak begitu dikenali mahupun diingati oleh peminat muzik tanah air sedangkan dia juga pernah muncul sebaris dengan Puteri-Puteri Sinaran. Kesempatan bertemu dengan Haizi baru-baru ini membolehkan Pancaindera melayangkan pertanyaan kepadanya berhubung hal yang satu ini. ""Bagi saya, kalau ada orang kenal, kenallah, saya tak boleh nak paksa mereka untuk ingat saya. Lagipun kini saya sibuk dengan kehidupan dan keluarga sendiri," kata wanita berketurunan Baba Nyonya berusia 34 tahun ini. Pernah mencipta nama sebagai penyampai berita TV3 suatu ketika dahulu kini Haizi, sibuk mengendalikan program Women's Power di MobTV.my yang merupakan sebuah program bercorak bual bicara hal ehwal wanita berkerjaya. "Selepas menjalani sesi uji bakat, saya terpilih untuk menjadi hos program. Menerusi segala pengalaman yang saya ada selama tiga tahun menjadi penyampai berita TV3, saya salurkan semua idea dan kreativiti untuk program itu. Telah memikul tugas itu selama tiga bulan, kata Haizi dia gembira kerana kudratnya masih diperlukan dalam bidang penyiaran biarpun di saluran berbeza. "Kalau ditanya antara nyanyian dan pengacaraan, jiwa saya lebih kepada pengacaraan. Jadi bila saya dipilih untuk mengendalikan program itu, saya teruja sekali. "Ibarat dapat melepaskan gian!" katanya. Kecewa rezeki tiadaMengulas lanjut mengenai hasratnya menyambung cita-cita sebagai penyanyi kata Haizi, dia tidak fikir perkara itu akan berlaku dalam masa terdekat. Mengaku agak kecewa dengan kegagalan sebelum ini, Haizi bagaimanapun sedar bahawa itu semuanya bergantung kepada rezeki. "Saya akui memang minat menyanyi. Tapi nak buat macam mana, rezeki tiada dan bukannya saya tak cuba. "Hidup perlu diteruskan. Saya kesan bakat saya lebih terarah kepada pengacaraan, jadi saya teruskan dalam bidang ini. Alhamdulillah ada ruang buat saya," katanya. Dalam pada itu, ibu kepada Luth Iskandar Ahmad Fazlan, 2, ini memberitahu, selain pengacaraan dia juga sibuk membabitkan diri dalam bisnes butik perkahwinan. Kata Haizi, butik yang diberi nama Peterana Chenta yang terletak di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak, Selangor itu telah diusahakannya sejak lima tahun lalu bersama sahabat baiknya, Ejump Zamri. "Sebelum ini saya pernah mengusahakan bisnes dobi. Namun selepas tujuh tahun saya terpaksa jual kepada orang atas sebab-sebab tertentu. Sekarang fokus saya adalah kepada bisnes berkaitan perkahwinan "Alhamdulillah, rezeki dekat dengan saya dan insya-Allah, saya dan Ejump akan kembangkan bisnes label busana pula selepas ini," katanya. Tahu bahawa tidak selamanya akan terus berada dalam bidang penyiaran demi memberi peluang kepada orang baru kata Haizi, artis atau selebriti perlu mempunyai kerjaya sampingan. "Tak kisahlah apa pun, asalkan ada pelan B. Yang penting kena pandai cari peluang dan jangan putus asa," katanya menutup bicara.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails