Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sisi bahagia Black

BUKAN sikit-sikit dugaan yang dihadapi bakal pengantin ini. Kisah disihir sampai ditipu perunding perkahwinan nampaknya bakal mencorak perjalanan kehidupan berkeluarga penyanyi Black. Menganggap semua yang berlaku sebagai ujian yang bakal menghadiahkan mereka hikmah tersendiri, Black percaya reda menjadi kunci utama buat menghadapi semua yang berlaku ini. Memilih tarikh 13 September depan sebagai hari ijabkabul, menurut Black tiada apa yang terlalu istimewanya mengenai tarikh itu selain ia jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari. Jika sebelum ini dia tidak terlalu terbuka berbicara, mengenai identiti sebenar bakal surinya itu, kini gadis berkenaan Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28, yang mesra dipanggil Chira oleh Black bukan lagi rahsia yang perlu dipendam. "Sewaktu mula mengenali bakal isteri, dia sebenarnya tidak tahu yang saya seorang penyanyi. Dari situ saya tahu dia hanya mahu mengenali siapa Hanifah dan bukan Black. "Secara jujurnya cinta kami ikhlas. Kami tidak pernah memandang status masing-masing. Bagi saya perkahwinan ini lebih kepada menerima siapa diri kami sebenar," katanya. Alasan menghormati pandangan bakal isteri menjadi sebab mengapa Black tidak mahu terlalu terbuka berbicara soal perkahwinan sebelum ini. "Melalui pengalaman pakciknya yang juga suami kepada Datin Paduka Umie Aida, saya pasti dia sudah tahu bagaimana untuk berada dalam industri ini. "Saya hanya mengenali dia dua bulan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, bagi saya ini jodoh," katanya tersenyum. Bercerita mengenai hari bahagiannya, menurut Black, semuanya akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September sehingga 15 September. Tidak mahu bercerita mengenai kos perkahwinannya, menurut Black apa yang boleh dikongsi adalah dia bekerja kuat untuk merealisasikan perkahwinan impian itu. "Pada 13 September saya akan bernikah. Selepas itu sebuah majlis resepsi akan diadakan. "Majlis nikah dan resepsi akan berlangsung di Zebra Square, Kampung Pandan. Manakala sebuah jamuan keraian akan diadakan pada 15 September di Padang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi untuk peminat dan penduduk di kawasan itu. "Soal berapa kos perkahwinan ini saya tidak mahu sentuh. Biarlah pihak saya sahaja yang tahu. Bagaimanapun saya berusaha keras untuk mencari wang agar perkahwinan ini dapat berlangsung dengan jayanya," katanya. Kami ada batas Setelah semakin hampir menuju ke hari bahagia, Black kini cukup terbuka untuk berkongsi hari-hari indah dia bersama tunangnya melalui laman Instagram. Sekadar mahu berkongsi saat-saat itu dengan peminat, nampaknya ada yang tidak berapa bersetuju dengan penampilan tunangnya itu yang dianggap agak berani. Menjawab persoalan itu dengan tenang Black percaya dia tidak akan pernah dapat memuaskan hati mana-mana pihak. "Bila bercakap soal ini saya yakin, kalau memang ada yang tidak menyukai kami memang akan ada sahaja macam-macam komen negatif dilampirkan. Senang kata, tidak akan ada yang senang di mata mereka. "Sebagai bakal suami, saya tahu tanggungjawab saya. Malah melihat sendiri apa yang terjadi kedua-dua kami masih tahu batas yang perlu kami patuhi," katanya. Tidak mahu terlalu berkeras, bagi Black sama ada bakal isterinya nanti akan bertudung atau tidak, itu bukan persoalan yang perlu dijawab dirinya. Yakin niat itu harus hadir dari pihak Chira sendiri, ia lebih mudah berlaku tanpa paksaan. "Kami berdua masih muda, mungkin penampilan itu agak berbeza dari yang melihat. Namun seperti yang saya katakan tadi kami masih ada ibu-bapa yang perlu dihormati. "Sebenarnya keinginan itu lebih mudah hadir dengan pilihan dia sendiri. Sebagai bakal suaminya saya sentiasa mengharapkan yang terbaik," katanya. Mengalih pandangan kepada perunding perkahwinannya sebelum ini, menurut Black segalanya masih di dalam siasatan. Tidak mahu menjelaskan perkara ini lebih mendalam, bagi Black ada baiknya dia memberi tumpuan buat hari bahagiannya sahaja. "Sebenarnya pada mulanya memang saya mahu menganjurkan majlis perkahwinan saya sendiri, tetapi bila perkara ini terjadi pihak pengurusan banyak mengambil alih. "Perkara ini masih lagi didalam siasatan polis. Apa yang boleh saya katakan, lebih afdal rasanya seseorang peniaga itu menggunakan wang dari sumber yang halal dan bukan dari penipuan," katanya dengan nada geram.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails