Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

"Saya bahagia" - Ayu

TIDAK semena - mena kisah penyanyi ini sudah tidak tinggal sebumbung lagi dengan suaminya menyapa halwa telinga. Setelah tiga tahun dia mendirikan tangga, ini kali pertama mendengar dia mempunyai masalah keluarga. Pernah terpalit dengan kontroversi suatu ketika dahulu, namanya kian tenggelam sebelum ini muncul kembali. Tidak dinafikan kesibukan sebagai penyanyi memaksa wanita ini sedikit terikat dengan urusan di luar. Jarang ditemani suami kemana-mana, mungkin ada yang mula membuat spekulasi liar mengenai hubungannya dengan suami. bertanya sendiri kepada Norayu Damit atau lebih dikenali dengan nama Ayu OIAM mengenai kesahihan berita ini dia langsung menafikannya. "Saya bahagia dengan suami, malah saya tidak pernah mempunyai masalah keluarga ketika ini. "Pada saya cerita ini timbul mungkin kerana suami jarang menemani saya ke mana-mana acara. Jujurnya, suami saya memang tidak suka melibatkan diri dengan urusan kerjaya saya," katanya. Mengakui suaminya langsung tidak menghalang dia meneruskan karier sebagai penyanyi menurut Ayu kepercayaan yang diberikan suaminya tidak akan dipersiakan. "Suami memang tidak pernah beri halangan untuk saya meneruskan kerjaya sebab dia tahu ini kerjaya saya. Cuma sebagai isteri dan ibu ada batas-batas yang perlu saya akur," kata ibu kepada dua anak ini. Lega kami di Hits mendengarnya. Bukan apa dengan kisah penceraian artis Malaysia yang semakin menjadi-jadi ini bagaikan suatu petanda pula isu ini semakin biasa. Realitinya perkahwinan bukan satu percaturan biasa kehidupan, kerana ia memerlukan pengorbanan suami dan isteri itu sendiri.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails