Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Krisdayanti cuci baju pada hari raya

BINTANG tersohor Indonesia, Krisdayanti bersama kakaknya, Yuni Shara dan keluarga mereka memilih untuk menyambut lebaran di Korea Selatan. Mereka bertolak ke ibu kota negara itu, Seoul pada Rabu lalu. Sepanjang meraikan Aidilfitri di Seoul, Krisdayanti terpaksa mencuci bajunya sendiri. Ini kerana mantan isteri Anang Hermansyah itu tidak membawa pembantunya bersama. Selepas menyelesaikan urusan tersebut, barulah pelantun lagu Menghitung Hari itu mengunjungi tempat-tempat pelancongan di sana. Peluang yang diraihnya itu tidak disia-siakannya, malah dia menghabiskan masa sehari suntuk dengan membeli-belah. "Kami menghabiskan masa membeli-belah di Myong Dong dan Bon Daemo sampai pagi. Tempat itu terkenal dengan barangannya yang murah dan berkualiti," ungkap Krisdayanti kepada KapanLagi.com. Meskipun di negara orang, Krisdayanti dan keluarganya tetap berusaha menghidangkan masakan yang selalu disajikan semasa hari raya. "Kami tetap menghidangkan makanan hari raya seperti lontong, opor, rendang dan beberapa menu raya lagi," ungkapnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails