Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mawi tidak gentar

MERENTAP gelaran juara Akademi Fantasia musim ketiga pada 2005 merupakan detik permulaan buat kariernya. Bayangkan dalam masa beberapa bulan sahaja, dia berjaya meletakkan dirinya menjadi artis paling popular pada masa itu. Bagaimanapun, tahun demi tahun perjalanan sebagai anak seni ini semakin matang buat Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani. Enggan terus menawarkan dirinya sebagai penghibur lagi, bagi Mawi keputusan untuk berada di dalam bidang perniagaan merupakan pilihan yang tepat buat dirinya memandangkan dunia seni tidak lagi menjanjikan sesuatu yang pasti buat masa depan dia dan keluarga kecilnya. Sejak awal tahun ini, dia dan isterinya Nora’ Ashikin Rahmat, 34, atau Ekin mula mengorak langkah melalui perniagaan UneQuein. Melihat potensi yang ada dalam perniagaan itu, mereka berdua terus membuat keputusan untuk menambah lebih banyak lagi produk di bawah jenama UneQuein. “Sebelum ini, kami hanya memperkenalkan tiga produk sahaja, antaranya Multijuice Liquid Health Supplements. “Melihat penerimaan yang menggalakkan, kami memperkenalkan pula empat produk baru iaitu air berkarbonat, teh tarik khasiat, produk penjagaan wajah pek ekonomi dan juga BB Cream," katanya. Bercakap perbezaan yang diketengahkan produk-produk miliknya itu, menurut Mawi antara kelebihan yang dibawa produk UneQuein adalah khasiat yang baik untuk setiap pengguna produknya. “Memang satu cabaran untuk menjadi sihat pada masa kini. Bukan mudah untuk kita menolak makanan sedap yang semestinya mengandungi gula dan bahan perisa tertentu. “Oleh itu, kami sediakan sesuatu yang sama, cuma ia lebih berkhasiat, contohnya air berkarbonat pelbagai perisa yang kami tawarkan adalah lebih segar dan kurang manis," katanya. Mempunyai hampir 40 stokis di seluruh negara menurut Mawi, selain diedarkan secara meluas di pasaran tempatan, produk UneQuein juga sudah berjaya menembusi pasaran negara Singapura dan Brunei. “Syukur dengan penerimaan produk ini di pasaran. Saya juga tidak sangka UneQuein akan diterima sebegitu cepat. " Formula yang diterapkan kami untuk sentiasa berkomunikasi dengan stokis dilihat memudahkan perkembangan UneQuein," katanya. Tidak menolak turut merasa tempias naik dan turun dalam dunia perniagaan, baru-baru ini dia dikejutkan dengan laporan oleh stokis produknya yang mendakwa dia melakukan penipuan. Menjelaskan apa yang berlaku sebagai salah faham, Mawi meminta pihak berkenaan tidak terus menaburkan fitnah. “Kami sedar memang ada yang cuba nak jatuhkan kami, itu antara pengajaran terbesar yang kami belajar sejak bergelar usahawan. “Apa yang boleh saya katakan adalah apa yang berlaku itu berpunca daripada salah faham. Saya tidak mahu salahkan sesiapa kerana kami percaya melalui kejadian seperti ini, kami akan lebih dewasa di dalam perniagaan," katanya. Raya bermakna Berkongsi antara aktiviti sepanjang Ramadan lalu, menurut Mawi di dalam melakukan promosi untuk produk UneQuein, dia dan Ekin juga tidak ketinggalan melakukan amal dengan melawat beberapa keluarga tidak bernasib baik di beberapa daerah di Johor. “Sebenarnya ini merupakan kali pertama UneQuein melakukan aktiviti seperti ini. Tahun ini, hanya di sekitar Johor sahaja. “Selain melawat, kami juga kenal pasti jenis bantuan yang diperlukan dan cuba membantu," katanya. Bercakap soal sambutan Syawal yang lalu, menurut Mawi tahun ini lebih bermakna buat dirinya apabila anak tunggalnya Cahaya Malaika sudah mula berjalan. Tidak menolak untuk mengadakan rumah terbuka, Mawi berkata, semuanya bergantung kepada jadualnya selepas pulang beraya nanti. “Memang tahun ini berbeza, sebab anak saya sudah boleh berjalan, jadi kebanyakan persiapan yang dilakukan juga lebih kepadanya. “Rumah terbuka pula, kami belum ada tarikh yang sesuai, tetapi memang kami sudah rancang untuk mengadakannya," katanya. Melihatkan penglibatannya di dalam bidang nyanyian semakin senyap, Mawi menjelaskan memang tahun ini, dia mahu memberi tumpuan untuk UneQuein. Bagaimanapun, dia tidak menolak untuk bergerak aktif mulai tahun hadapan. “Tahun ini memang sibuk sedikit, bagaimanapun saya tidak pernah melupakan bidang nyanyian. “Selain syarikat produksi, saya juga akan terus mengeluarkan produk-produk yang menarik, cuma buat masa ini saya mahu berikan tumpuan lebih untuk memantapkan UneQuein," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails