Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Black pilih 13 September tarikh pernikahan

Setelah sekian lama berteka-teki akhirnya penyanyi, Black memilih 13 September depan sebagai hari pernikahannya dengan wanita pilihan, Naquia Yasirah Mohd. Khairi, 28. Menurut Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, majlis pernikahan dan resepsi akan dilangsungkan di Zebra Square, di sini manakala majlis keraian turut diadakan pada 15 September di Padang PPR Kerinchi. "Saya memilih hari Jumaat untuk bernikah dan sehari selepas itu majlis resepsi pula akan menyusul. "Tidak melupakan penduduk di kawasan Pantai Dalam, ayah saya akan turut menganjurkan majlis keraian pada 15 September yang terbuka buat semua peminat," katanya pada sidang akhbar mengumumkan tarikh perkahwinannya itu di sini hari ini. Menurut Black, dia hanya mengenali bakal isterinya itu selama dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. - UTUSAN ONLINE
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails