Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Achik Spin terus dirindui

INGATAN terhadap lelaki itu masih belum pudar. Meski sudah empat tahun lelaki yang dikasihi pergi buat selama-lamanya, kasihnya tidak pernah berubah. Malah wanita ini mahu pemergian Achik Spin terus dikenang dan sebagai isteri dia harus kuat untuk membesarkan dua permata hati yang begitu dahagakan kasih sayang seorang ayah. HM Rose Zaitul Suiani Wati Maarof, 30, reda dengan apa yang dialaminya kini. Namun sebagai wanita ada kala perasaan gugup menguasai diri memandangkan dia turut memikul tugas ibu dan ayah sekali gus. "Dua tahun pertama merupakan tempoh yang paling sukar. Waktu itu macam-macam yang perlu saya harungi termasuk menjaga dua anak yang masih kecil. "Apabila ada anak kecil makanan, pakaian, sakit dan macam-macam lagi saya kena uruskan sendiri. Tapi selepas mereka semakin membesar semuanya semakin okey. "Saya sendiri sudah mampu menguruskan rumah tangga sendirian," jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Ampangan, Negeri Sembilan. Wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Tasha ini turut mengakui dia selalu berendam air mata ketika Achik disahkan terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April 2010. Dia tidak hanya mengenangkan lelaki yang paling dikasihinya pergi buat selama-lamanya tetapi juga untuk untuk menguruskan rumah tangga tanpa seorang suami. Pun begitu kepedihan yang melanda Tasha sudah semakin berkurangan. Tambahan pula dua pertama hati yang sedang membesar memerlukan perhatian maka dia perlu kuat di hadapan mereka. Bagi Tasha Putri Nursafiyya, 7 tahun dan Putri Nursumayya, 5 adalah harta yang tak ternilai yang ditinggalkan oleh Achik kepadanya. Sebelum itu, mereka dikurniakan seorang lagi cahaya mata tetapi meninggal dunia pada usia dua bulan. Walaupun membesar tanpa ayah, kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua-dua anak tidak berbelah bahagi. Kalau boleh dia mahu mereka berjaya di dunia dan akhirat. Kerinduan BAGI Tasha hatinya cukup sebak tatkala anak-anaknya mengatakan yang mereka merindui ayah mereka. Dia masih ingat bagaimana anak sulungnya menangis menyatakan kerinduan terhadap ayahnya. "Waktu Achik pergi buat selama-lamanya, Safiyya sudah berusia dua tahun dan Sumayya pula 11 bulan. Sudah pasti Safiyya lebih mengingati memandangkan dia rapat dengan ayahnya. "Apabila dia kata dia rindu, saya berikan dia baju ayahnya dan dia akan peluk. Walaupun tak selalu dia begitu tapi itu sudah cukup membuatkan saya sebak. "Ada masa saya akan bawa mereka menziarahi pusara dan sedikit demi sedikit mereka mula faham dan mengerti bahawasanya ayah mereka sudah pergi buat selama-lamanya," jelas Tasha. Akuinya lagi dalam tempoh dua tahun selepas pemergian Achik, dia tidak pernah mendengar atau menonton video (VCD) lagu nyanyian suaminya itu lagi. Waktu itu Tasha melarang sesiapa sahaja yang cuba memasang lagu nyanyian Achik kerana hatinya pasti dirudung kesedihan yang teramat sangat dan akan mengalirkan air matanya. "Tapi selepas itu semangat saya semakin kuat dan saya perlu menghadapi apa sahaja. Tambahan pula anak-anak suka melihat VCD album bapa mereka jadi saya kena terima dengan berlapang dada. "Bagi saya mungkin ini cara untuk mengubat kerinduan terhadap ayah mereka," kata Tasha sayu. Tasha juga masih ingat apabila anak keduanya dimasukkan ke hospital kira-kira dua tahun yang lalu selama 14 hari. Dalam tempoh itu berat badannya mula turun dek kerana kurang tidur. Paling diingati apabila mereka terpaksa tidur di hospital tiga beranak. Semuanya terpaksa diharungi Tasha sendirian ketika itu. Tambahan pula anak tersebut lebih gemar didukung menambahkan lagi kerumitan. Ketika itu dia mula teringatkan Achik dan kalaulah lelaki itu masih ada, tentu mereka bersama-sama menguruskan hal sedemikian bersama-sama. Tetapi kini semuanya tinggal kenangan. Allah lebih menyayangi suami itu yang ‘dipinjamkan’ kepadanya hanya hampir lima tahun sahaja.
Sambut raya BILA tiba Hari Raya pastinya Tasha tidak menang tangan untuk menguruskan hal anak-anak dalam mempersiapkan sambutan yang ditunggu-tunggu setiap tahun itu. Namun kali ini kedatangan Aidilfitri tidak semeriah dulu memandangkan ketiadaan Achik dan nenek sebelah ibunya yang baru sahaja meninggal dunia pada 2 Ramadan yang lepas. Tasha mengakui setiap kali menjelang Aidilfitri dia akan menghabiskan masa bersama keluarga neneknya setelah menziarahi pusara Achik dan keluarga mertuanya. Tapi Lebaran kali ini pastinya memberikan sedikit kelainan namun dia tetap akan cuba menggembirakan anak-anak yang teruja untuk menyambut Hari Raya. "Sekarang saya kena uruskan semua hal termasuk pakaian baru anak-anak hingga urusan mengemas rumah. Dulu Achik yang buat semuanya. "Setiap kali raya juga saya pasti akan teringatkan sambal taucu dan ketupat yang menjadi kemestian buat Achik. Selepas dia tiada hampir dua tahun juga saya tidak menyajikan makanan tersebut. "Tapi sekarang saya sudah kembali kuat. Anak-anak pun suka makanan tersebut," ujarnya dalam nada yang sebak. Tasha juga bersyukur kerana Achik ada meninggalkan wang simpanan dan ditambah dengan bantuan kedua-dua belah keluarga untuknya meneruskan kehidupan. Jika tidak pasti kehidupan mereka bertiga akan mengalami kesukaran seperti yang berlaku kepada kebanyakan ibu tunggal yang lain. Ketika ditanya sama ada syarikat rakaman yang menaungi Achik dan kumpulan Spin menghulurkan wang, Tasha mengatakan dia sudah tidak menerima apa-apa bentuk kewangan lagi. Seingatnya pihak tersebut hanya memberikan sumbangan ketika Achik meninggal dunia dan sejak dua tahun yang lepas langsung tiada khabar berita lagi. Dia juga tidak pernah bertanya kepada pihak terbabit tentang hak atau wang yang patut diterima sama ada royalti lagu mahu pun wang penjualan album kumpulan Spin. Namun begitu Tasha gembira kerana anggota Spin yang lain sering bertanyakan khabar mereka sekeluarga sejak pemergian Achik. Terbaru Tasha mengusahakan bisnes kek dan pastri bersama-sama salah seorang saudaranya terdekatnya sejak beberapa tahun yang lalu. Bisnes yang menggunakan jenama De’ Gojes Cake & Pastry diusahakan secara sederhana itu mampu menambahkan pendapatan Tasha selain memberikan kepuasan kepada Tasha memandangkan dia suri rumah tangga sebelum ini. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kek dan pastri enak boleh menghubungi talian 013-3357874.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails